'Saya ada masalah stage fright'- Haida

saya ada masalah stage fright- Haida. Ini antara punca penyanyi yang popular dengan lagu Hajat terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Gegar Vaganza. Haida menjadi peserta kedua yang meninggalkan pertandingan ini selepas mendapat markah terendah berbanding peserta lain pada minggu ini.

'Saya ada masalah stage fright'- Haida


'Saya ada masalah stage fright'- Haida

“Sejujurnya saya sendiri rasa tak dapat balance dengan lirik lagu tersebut. Satu kesalahan saya bila ada satu bahagian nyanyian tu terputus nafas. Ikutkan original lagu, hanya pendek saja nafas.

“Tapi saya ambik risiko untuk panjangkan sikit. Sebenarnya salah satu sebab saya pun kekurangan masa untuk berlatih. Sebelum nak naik stage pun, saya masih terfikir nak buat ke tidak part tu.

“Tambahan pula saya ada masalah stage fright, dada berdebar-debar. Bila masa buat latihan sendiri, boleh pula buat. Patutnya saya dengar nasihat Tokram yang larang saya ubah lagu tu,” katanya kepada gempak.

Langkah Haida terhenti apabila persembahan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye mendapat markah terendah iaitu 53.40 peratus pada konsert minggu ketiga GV9 yang berlangsung pada malam, Ahad di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


Previous Post Next Post