Netizen kritik persembahan, Ini Komen Siti Nordiana

Netizen tak boleh duduk diam, ada jer yang mereka tak puas hati dan kini nama siti nordiana pula menjadi mangsa. Ada segelintir netizen mempersoalkan kualiti nyanyian Nana namun ia tidak membuatkan penyanyi hebat itu melenting. Bahkan dia yakin kualiti persembahannya tidak berkurang seperti sebelum ini..


Netizen kritik persembahan, Ini Komen Siti Nordiana


Netizen kritik persembahan, Ini Komen Siti Nordiana


Siti Nordiana berkata kepada Harian Metro ; "Kadang-kadang ada waktu penyanyi tak cukup rehat. Sebab penyanyi bukan mesin. Ada masa okay, ada masa tak sihat. Macam saya sendiri sudah tiga kali terkena Covid-19. Setiap tahun kena sejak 2020.


"Tidak dinafikan ia memberi kesan pada pernafasan. Tapi, ia bukan alasan untuk saya menyanyi main-main. Tak dinafikan ada dua tiga persembahan saya yang kurang hingga menjadi kritikan netizen di media sosial.


"Saya pula jenis tak suka nak gaduh. Kalau memang menyanyi tak sedap saya mengaku saja. Sebab saya tahu, diri ini takkan pernah sempurna," katanya kepada Harian Metro.


"Alhamdulillah, sejak mula dilancarkan pada 14 Oktober lalu, lagu dan MV ini terus mendapat sambutan baik. Terima kasih kepada semua yang sudah mendengar dan memberikan maklum balas terhadap lagu ini," katanya.


 

Previous Post Next Post