GV9: Shila Amzah Diserang Anxiety Kerana ..

GV9: Shila Amzah Diserang Anxiety Kerana  Kita tahu apa yang dialami oleh Shila Amzah pada minggu keempat sehingga ia mengganggu persembahannya ketika konsert sebenar. Malah kalau korang tengok vlog shila pun korang akan nampak yang Shila tiba-tiba menangis selepas menyanyikan lagu pudar ketika sesi latihan.


GV9: Shila Amzah Diserang Anxiety Kerana ..


GV9: Shila Amzah Diserang Anxiety Kerana 

Shila berkata; 

“Sebelum ini saya pernah cakap kalau ada benda apa-apa yang tindak tanduk peminat yang saya kenali, saya akan tegur secara direct. Tak kira kalau diorang suka saya, lepas tu tak… saya tak kira.

“Saya akan terus tegur benda yang dia lakukan yang saya tak suka. Peliknya, dia tak follow saya pun. Mungkin dia sengaja nak kotorkan nama saya dan pecah belahkan dengan artis lain…. tak baik!

“Sepanjang lima minggu saya dalam GV9, saya rasa itu la yang paling teruk saya pernah kena. Bila artis kesayangan mereka kena macam itu, saya faham. Tapi cari la tahu benda itu betul-betul, ni mungkin akaun palsu! Kenapa layan?” katanya 

“Bila macam ini berlaku, saya tak dapat nak enjoy persembahan saya minggu seterusnya. Malah minggu lalu saya jadi depress sebab terlalu stres sebabkan rentetan itu.

“Sampai la minggu keempat, saya kena anxiety atas pentas… benda tak pernah berlaku. Sejujurnya ia sangat mengerikan untuk saya. Pandangan saya jadi gelap dan tangan jadi menggigil.

“Saya tak boleh nak bernafas dengan betul. Saya memang tak boleh buat apa, lepas buat persembahan, turun bawah dan tukar baju. Tak boleh nak buat interview pun dan tak boleh jumpa orang,” ujarnya.

sumber : Astro Gempak.

--

Kita doakan agar shila kembali pulih seperti biasa dan kita lihat dalam konsert minggu ke lima baru-baru ini, memang nampak shila sangat all out dan hasilnya dia berjaya mendapat number 2 dalam carta kedudukan persembahan peserta.

Good luck shila dan ramai yang berada di belakang anda dan menyokong anda!


Previous Post Next Post