Datuk Seri Siti Nurhaliza Buat Suprise di GV9?

SUPRISE! Ramai terkejut bila Datuk Seri Siti Nurhaliza Buat Suprise di GV9 semalam. Ramai tak sangka dapat lihat persembahan tokti secara live di depan mata dekat konsert semalam. Kenapa tokti mucul di gv9? 


Datuk Seri Siti Nurhaliza Buat Suprise di GV9?


Datuk Seri Siti Nurhaliza Buat Suprise di GV9?

Sebenarnya tokti buat kemunculan kerana Beliau merupakan duta baru Farm Fresh dan semalam, tokti juga menyanyikan lagu tema farm fresh, Semuanya Baik dan mendapat pujian ramai tau. 

Sebelum persembahan, tokti ada post dekat instagram dia yang memberi tahu ada lagu baru yang akan dinyanyikannya.

“Hi Assalammulaikum. Jangan lupa saksikan malam ini, pukul 9 malam. Saya akan sampaikan lagu terbaharu… apa dia? Surprise untuk anda. Saksikan Gegar Vaganza malam ini… saksikan persembahan saya,” kata Siti.

Netizen pula memuji suara tokti walaupun hanya menyanyikan lagu susu dan lagu tema produk susu sahaja tetapi suara dia memang lemak berkerim katanya.

Ada juga yang memberi komen yang lepas diorang dengar persembahan tokti semalam, terus terngiang-ngian dalam kepala lagu susu farm fresh itu.

Impak segera tokti dapat membantu jenama farm fresh berkembang dan di minati oleh rakyat Malaysia. korang dah tengok ker lagu baru farm fresh yang dinyanyikan oleh duta mereka, datuk seri siti nurhaliza?

Kalau belum boleh check di youtube ya.


Previous Post Next Post