3 Kali Masuk Lokap Singapura, Fuad Rahman Insaf Bila...

3 Kali Masuk Lokap Singapura, Fuad Rahman Insaf Bila... Nama fuad rahman cukup terkenal di Singapura dan kini namanya meniti di bibir rakyat Malaysia apabila menyertai program Realiti gegar vaganza 9. Baru-baru ini, Fuad menyanyikan lagu layang layang terputus talinya yang membuatkan dia sebak kerana terimbau kenangan silamnya.


3 Kali Masuk Lokap Singapura, Fuad Rahman Insaf Bila...




3 Kali Masuk Lokap Singapura, Fuad Rahman Insaf Bila...

Menurut Fuad, dia mengambil keputusan untuk keluar dari dunia gelap itu selepas ibunya yang berusia 81 tahun datang melawat ke penjara di Singapura.

“Masa itu mak saya datang melawat ke dalam, sebelum ini tak boleh melawat, hanya dapat tengok gambar saja, bila waktu itu dapat tengok muka mak saya, hati saya mula tersedar.

“Mak saya pun dah 81 tahun, saya nampak kawan-kawan saya ibu bapa mereka juga datang melawat, tu yang buat saya rasa sedih, dah cakap pada diri saya ‘enough is enough’. Saya kena keluar dari zon tu,” kata Fuad kepada Gempak ketika ditemui sebelum konsert ketiga pada Ahad.

“Saya solat, macam mana ada problem pun, saya akan ingat Allah, tu yang buat saya lupa dengan benda-benda lama,” ujarnya lagi.

--

Kita doakan agar Fuad istiqomah dalam pilih jalan yang betul dan sentiasa dilindungi dan diredhai oleh Allah. Kita tahu fuad kuat dan masih ramai yang sayangkan fuad di luar sana. ayuh! jangan sia-siakan peluang keempat yang Allah berikan kepada anda ini.

Semoga berjaya FUAD RAHMAN! 


Previous Post Next Post