Tiket Konsert Gegar Vaganza 9

Bagaimana cara dapatkan Tiket Konsert Gegar Vaganza 9? boleh beli tiket gv9 dekat mana? ramai betul yang tanya aku pasal tiket ni kan. jadi aku akan kongsikan dengan korang di bahagian bawah ini. Seperti biasa, bab tiket gegar vaganza ni akan selalu laris sebab ramai yang nak pergi tonton konsert, jadi selalunya konsep siapa cepat dia dapat sahaja yang membolehkan anda pergi ke MBSA untuk menonton di sana.


Tiket Konsert Gegar Vaganza 9


Cara Beli Tiket Konsert Gegar Vaganza 9

Setiap musim GV akan membuka pintunya untuk para peminat untuk hadir menonton di tempat konsert berlangsung. Cumanya masa pandemik haritu sahaja yang diorang tak bagi masuk sebab terikat dengan SOP.

Jadi untuk Gegar vaganza 2022 ini, tiada lagi SOP yang menghalang untuk menghalang penonton memasuki tempat konsert cumanya ada cara dia untuk mendapatkan tiket tersebut.

Selalunya, Korang perlu berhubung dengan FANS CLUB peserta masing-masing untuk dapatkan tiket. GV selalu bagi tiket melalui diorang, jadi pandai-pandailah cari fans club atau team peserta gv 9 tu yer. 

Kalau kita tengok promo pun, pihak GV tak maklumkan cara dapatkan tiket, jadi faham-faham jerlah cuba try tanya fans club kot-kot ada kekosongan untuk anda. Pihak GV TAK JUAL TIKET TAU!

Masih tak dapat tiket? jom join group fb >> Gegar vaganza 9 fans << 

Selamat mencuba!

Previous Post Next Post