Sinopsis Drama Mencari Qiblat

Apa itu Mencari Qiblat? Ini merupakan sebuah drama bersiri islamik yang dibintangi oleh pelakoan Aeril Zafrel yang ditayangkan di TV3. Drama ini pernah ditayangkan pada tahun 2018 yang lalu akan diulang siar semula pada tahun 2022 ini iaitu pada 4 september 2022. 


Sinopsis Drama Mencari Qiblat


Sinopsis Drama Mencari Qiblat

Drama bercirikan islamik ini mengisahkan tentang adam yang tuhan. Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Dek kerana kemewahan yang di capai, Adam hidup dalam keadaan alpa dan berfoya-foya dengan dunia. batas agama islam sudah tidak endahkan lagi sehinggalah dia mengalami satu kemalangan yang telah mengorbankan ibu dan ayahnya.

Sejak itu, adam sangat terkesan dengan kematian ibu bapanya itu. Dia mula sedar dan ingin belajar tentang ilmu agama. Sejak peristiwa itu juga, adam mula belajar tentang kehidupan sebenar dan dia cuba mencari qiblat hidupnya itu.

Dapatkah dia memperolehinya?

Senarai tajuk setiap episod drama mencari qiblat

  • Episod 1: "Doa Anak Soleh"
  • Episod 2: "Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa"
  • Episod 3: "Kelebihan Sedekah"
  • Episod 4: "Tidak Bersyukur"
  • Episod 5: "Dosa Ayah"
  • Episod 6: "Leka Dunia"
  • Episod 7: "Fadhilat Quran Kalam Allah"
  • Episod 8: "Berkat Puasa"
  • Episod 9: "Doa Ibu"
  • Episod 10: "Payung Emas"
  • Episod 11: "Rempit"
  • Episod 12: "Pak Sanggup"
  • Episod 13: "Kepulangan"

Info Drama

Bagi yang tak tahu, mencari qiblat ini sebuah drama bergenre islamik yang diarahkan oleh Rashid Sibir. Drama ini juga mempunyai 13 episod keseluruhannya.

Antara watak pelakon yang terlibat adalah

  • Aeril Zafrel sebagai Adam
  • Dibantu oleh
  • Arash Mohd sebagai Papa
  • Didie Alias sebagai Mama
  • Octovia Manrose sebagai Rin
  • Elly Mazlein
  • Mak Wan Latah sebagai Kak Timah
  • Rahim Razali sebagai Ustaz
  • Fahrin Ahmad sebagai Kamal
  • Norlia Ghani sebagai Mak Ton
  • Harun Hashim sebagai Suami Mak Ton
  • Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Tuan Abu

Drama ini akan diulang siar pada hari Ahad ini, 4 september 2022. Jangan lupa tonton drama best ini ya!

Previous Post Next Post