Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Sebuah filem dari indonesia, Mencuri Raden Saleh ini sedang di tayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak 22 september yang lalu.

Tayangan di indonesia pula pada 25 ogos yang lalu yang mana ia berjaya mengutip jumlah kutipan 1.2 juta dalam masa kurang dari seminggu tau. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda dan Rachel Amanda.

 

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Sinopsis Filem Mencuri Raden Saleh

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan 6 remaja yang bergabung untuk melakukan sebuah rompakan. Mereka ni mempunyai kepakaran masing-masing antaranya adalah The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver. Barang yang mereka mahukan bukan duit tetapi sebuah lukisan raden saleh.

Sebenarnya ia merupakan arahan dari seorang yang berpengaruh di sana. Namun setelah selesai tugasan mereka, tuan tersebut mengkhianati mereka.

6 sekumpulan ini nekad membalas dendam dengan mencuri semula lukisan tersebut. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dari ditangkap pihak polis? Sama-sama kita saksikan. 

Info Filem

Mencuri raden saleh ini merupakan filem aksi yang ditayangkan pada 22 september 2022 di Malaysia. Skrip filem ini ditulis oleh  Muhammad Husain Atmodjo dan Angga Dwimas Sasongko. Ini juga merupakan cerita asal idea pengarah  Angga Dwimas Sasongko

Senarai pelakon yang terlibat adalah 

  1. Iqbaal Ramadhan sebagai Piko
  2. Angga Yunanda sebagai Ucup
  3. Aghniny Haque sebagai Sarah
  4. Rachel Amanda sebagai Fella
  5. Umay Shahab sebagai Gofar
  6. Ari Irham sebagai Tuktuk
  7. Tyo Pakusadewo sebagai Permadi
  8. Dwi Sasono sebagai Budiman
  9. Atiqah Hasiholan sebagai Dini
  10. Ganindra Bimo sebagai Detektif Arman
  11. Andrea Dian sebagai Detektif Sita
  12. Muhammad Khan sebagai Rama
  13. Reza Hilman sebagai Reza
  14. Joshua D Pandelaki sebagai Marwan
  15. Ratna Karya Riantiarno sebagai Nenek Sarah
  16. Jenny Zhang sebagai Ibu Fella
  17. Tegar Satrya sebagai Gito
  18. Frangky Lucas Manuhutu sebagai Doni

Tak sabar nak tengok filem ini di pawagam. korang yang dah tengok boleh lah komen di bawah ya!


Previous Post Next Post