Biodata Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza 9

 Siapa Hazrul Nizam? Penyanyi dari singapura dan juga peserta gegar vaganza 9 ini mempunyai suara merdu yang menjadi perhatian para peminat musik tanah air. 

Selain Hazrul, kita juga ada peserta lain dalam gegar vaganza 9. Antaranya adalah Jaclyn Victor, Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Kita juga ada Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman, Roy Kapilla, Tomok dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb, Hakim). Jom kita berkenalan dengan penyanyi terkenal ini.

Biodata Hazrul Nizam

Orang yang memiliki nama penuh Mohammad Hazrulnizam Bin Taib ini sudah berusia 42 tahun. Dia muda setahun dengan Fuad Rahman. Penyanyi ini berasal dari Singapura dan sangat terkenal dengan lagu kaulah segalanya.


biodata hazrul nizam


Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila mengetahui siapa peserta gv 9, ternyata dia mengatakan yang dia nak tarik diri dengan nada bergurau.

"Rasa nak tarik diri, Kita tak tahu siapa yang sertai GV sampailah pada hari sidang media dalam bilik menunggu satu persatu masuk, Tomok masuk, Shila Amzah, Dina dan Jaclyn Victor masuk. Terus saya kata nak tarik dirilah dulu," katanya dengan nada gurauan.

"Rasa gementar jugalah tapi setelah bersembang dengan mereka semua rasa oklah. Berfikiran positif. Harus ingin buat yang terbaik sahaja,"

Instagram : Instagram Hazrul GV9

Info Menarik Hazrul Nizam

 

Hazrul pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2004 dan kini dia menjadi  Ejen Hartanah di Singapura. Selain itu, Hazrul juga merupakan Naib Juara Talentime 2001, Juara The Juara Songwriting Competition, 2002 dan juga dia merupakan Penyanyi lagu tema Lee Kuan Yew Waterprice Award 2008.

Lebih membanggakan lagi, Hazrul merupakan Penyanyi acara pembukaan Sukan Sea 2015 dan dia juga pernah menjadi Jurulatih vokal Mediacorp 2013 – 2015. Banyak pencapaian menarik yang telah dia kecapi.

Akhir sekali, aku tak sabar nak tengok persembahan kedua Hazrul dalam gv 9 nanti. oleh itu jangan lupa untuk saksikan persembahan mereka di saluran Astro Ria pada 25 September 2022 nanti. Berikan sokongan anda kepada semua peserta yang bertanding tau.


Good Luck Hazrul Nizam!

Previous Post Next Post