Biodata Haida Hasnan, Peserta Gegar Vaganza 9

Peserta Gegar Vaganza 9, Haida Hasnan merupakan seorang penyanyi lama yang mencuba nasib bagi mengembalikan zaman kegemilangan dirinya menerusi platform gv.

Selain Haida Peserta lain yang terlibat adalah seperti Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir, Pat Candy dan Jaclyn Victor.

Manakala peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Roy Kapilla, Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam, Asheed dan Kumpulan VE.

 

biodata haida hasnan

 

Biodata Haida Hasnan

 

Penyanyi yang bernama Siti Haida binti Hasnan kini sudah berusia 44 tahun dan mula aktif dalam bidang nyanyian sejak berusia 15 tahun lagi. Kiranya lebih 29 tahun dalam industi tanah air.

Selain itu, penyanyi ini merupakan anak kelahiran negeri selangor tau. Haida juga merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak.

Instagram : Instagram Haida

Info Menarik Haida hasnan.

 

Bagi yang tak tahu, Haida merupakan penyanyi lagu manis masa bercinta yang sungguh viral ketika era 90 an dulu. Selain itu, lagu Hajat juga menjadi popular kerana suaranya yang sedap dan berjaya menarik perhatian penonton.

Haida juga pernah menjadi Finalis AJL95 menerusi lagu ‘Manis Masa Bercinta’

Kini dia aktif menyanyi dan pada masa yang sama dia mempunyai bengkel kereta dan motosikal sendiri di Melaka

 

Akhir sekali, Selepas menonton persembahan pertama ashid di pentas gegar vaganza 9. Kita berharap agar dia terus berusaha bagi meningkatkan prestasinya bagi memburu top 4 bersama dengan peserta-peserta lain. Bukan mudah untuk bersaing dalam gv ni. 

Mungkin minggu pertama, masih tak biasa dengan suasana kot. Jangan risau, kami terus menyokong anda.

Semoga berjaya!

Previous Post Next Post