Sinopsis Filem Femina (1994) yang merupakan sebuah filem komedi romantik yang ditayangkan pada 1994 yang lebih khusus pada 13 mac. Ia merupakan karya pengarah terkenal iaitu Aziz m. osman.
Sinopsis Filem Femina (1994)
Femina ini mengisahkan tentang Tina merupakan ketua pengarang majalah Femina yang lantang bersuara untuk perjuangan hak wanita.Sikap tina yang lantang bersuara dan bersifat anti lelaki ini menyebabkan bos dia tak suka dengan dia. Walaupun bosnya juga perempuan bernama anita, tetapi sikap tina tetap di sukainya. Anita menyuruh pembantunya memerhatikan yasmin.
Tina mengadakan sesi penggambaran bersama peragawati di kawasan Dataran Merdeka. Ini menyebabkan kemalangan apabila seorang pemandu kereta berlanggaran dengan sebuah bas mini. Pemandu bas tersebut keluar dan memarahi Tina, tidak sedar bahawa gambarnya sedang ditangkap juga. Pyan juga merupakan pemilik syarikat bas mini itu. Satu hari didapati pekerjanya tersenyum lebar ketika sedang khusyuk membaca majalah Femina. Rupanya gambar Pyan yang diambil telah dipaparkan dan menjadi satu rencana.
Pyan bergegas ke pejabat femina tetapi dihumban keluar oleh pengawal keselamatan kerana melanggar peraturan "tiada lelaki dibenarkan". Dia menunggu Tina di tempat letak kereta dan menyuarakan pendapatnya. Pada keesokan harinya, basnya diberhentikan di tengah jalan oleh seorang wanita. Wanita itu sedang dikejar oleh lelaki berperangai samseng. Pyan menelefon Tina untuk memberitahunya tentang perempuan itu, Maya. Dia menghantarnya ke rumah Tina dan mereka dapat tahu bahawa Maya telah dipaksa untuk menjadi seorang pelacur. Tanpa pengetahuan Tina, Pyan dapat menemui ayah Maya yang membawanya pulang.
Kejadian ini menyebabkan samseng tadi, bernama Malik untuk meletupkan bas-bas mini kepunyaan Pyan. Pyan juga tercedera akibat daripada hal itu. Tina bertemu dengannya dan pergi ke kampung Maya untuk menanyakan khabar. Setibanya mereka di situ, barulah dapat tahu bahawa ayah Maya telah menjual anaknya kepada Malik untuk mengelakkan daripada dibelasah akibat mempunyai banyak hutang. Tina dan Pyan meminta bantuan polis yang memberkas Malik, namun tidak dapat mencungkil apa-apa maklumat. Sebenarnya Maya telah melarikan diri apabila polis tiba dan menunggu di depan rumah Tina yang tidak pulang kerana berada di balai polis. Dia lari ke pejabat Femina ketika Tina pulang.
Anita merancang untuk menjatuhkan Tina daripada majalah Femina. Ini melibatkan menyuruh Jasmin mencuri buku yang berisikan senarai nama rakan perniagaan dan juga kunci-kunci Tina. Dia dapat tahu daripada peguamnya bahawa Tina tidak dapat dibuang kerana terdapat klausa dalam kontraknya yang tidak membenarkannya dipecat atas apa-apa keadaan pun. Anita berang dan menggunakan ketibaan Maya untuk meningkatkan imejnya sendiri. Anita juga tidak begitu percaya kepada perjuangan versi Tina kerana dia juga mempunyai teman sekatilnya sendiri. Tina dapat tahu tentang pengkhianatan Anita dan berdepan dengannya di dalam Anita.
Di pejabat Femina, Pyan bertemu dengan Tina yang menceritakan sebab sebenar dia tidak menyukai kaum lelaki. Ayahnya telah meninggalkan emaknya sebelum dia lahir untuk wanita lain, dan dia menyanjung semangat ibunya yang mendorong hasrat perjuangannya. Dia menerima pelukan Pyan untuk julung kalinya.
Terdapat satu forum di mana perbincangan tentang wanita sedang berlaku. Kata-kata Anita yang pedas mengguris hati seorang Datin yang meninggalkan pentas tersebut. Pyan juga muncul bersama Tina untuk bertukar pendapat dengan Anita. Ini menjadi hangat dan menyebabkan penumbukan berlaku antara Tina dan Anita. Pada saat ini Tina meminta dikeluarkan Norman, seorang lelaki miang yang telah diserahkan kunci Tina oleh Anita. Anita mengaku tewas. Tina dan Pyan bernikah dan dikurniakan ramai cahaya mata.
INFO FILEM FEMINA
Sebenarnya cerita femina ini akan ditayangkan semula di astro citra hujung minggu ini iaitu pada 3 September 2022 nanti. Jadi kalau korang terlepas menonton dulu, boleh tonton semula pada sabtu ini tau.
Barisan pelakon femina terdiri daripada
- Eman Manan sebagai Pyan
- Eirma Fatima sebagai Tina
- Susan Lankester sebagai Anita
- Azman Hassan sebagai Norman
- Maria Farida sebagai Jasmin
- Sharifah Haslinda sebagai Maya
- Sarip Noor sebagai Bapa Maya
- Umie Aida sebagai Shida
Antara pelakon lain yang terlibat adalah Z. Lokman (Karim), T.S Jeffery (kru studio), Zulkifli M. Osman (Penerbit), Nor Aliah Lee (Wartawan), Afidah Es (Datin), Bibi Layola (Emi), Nina Juren (model) Rosli Rahman Adam.
Tak sabar nak ulang tengok dan imbau nostalgia zaman dulu-dulu kan. selamat menonton.
Post a Comment