Biodata VE, Peserta Kumpulan GV9

Kumpulan VE merupakan kumpulan lagenda musik tanah air yang pernah menggegarkan dunia hiburan tanah air. Ramai yang tanya maksud disebalik nama kumpulan ini. V.E bermaksud Voices of Euphonious yang mana nama asal mereka adalah Euphonious dan singkatkan menjadi V.E.

Kini Kumpulan VE mencuba cabaran baru apabila mereka menyertai gegar vaganza 9. Peserta lain yang terlibat adalah seperti Tom, Shila Amzah, Dina Nadzir, Pat Candy, Jaclyn Victor dan Haida Hasnan.

Manakala peserta lelaki pula terdiri daripada Tomok (New Boyz), Bob Yusof, Asheed (Def Gab C), Fuad Rahman (Singapura), Hazrul Nizam dan Roy Kapilla.

Biodata Ahli Kumpulan VE


Kalau anda peminat kumpulan ini, anda pasti mencari dimanakah Lah Ahmad. Dia merupakan vokalis kumpulan ini satu ketika dahulu dan berjaya mengangkat nama kumpulan tersebut. Bagi yang tak tahu, Kumpulan V.E ini merupakan kumpulan versi 2021.



Mereka terdiri daripada Adeeb, Cham, Hakim, Zaf dan Fakriz Cumanya dalam gv9, Zaf tak join sekali.

Nama Artis: Adeeb 

Nama Penuh :Abdul Mutalib Bin Nahar

Umur: 43 tahun

Nama Artis :Cham 

Nama Penuh : Charma Adizalilullah Bin Abdul Khalil

Umur : 44 tahun

Nama Artis : Hakim 

Nama Penuh : Luqman Hakim Bin Ahmad Shaker

Umur : 37 tahun

Nama Artis : Fakhiz 

Nama Penuh : Mohd Fakhiz Bin Mohd Yunos

Umur : 40 tahun

Instagram : Instagram Kumpulan V.E


Ahli Kumpulan VE Asal.

 

Kalau diikutikan kumpulan VE hanya tinggal seorang sahaja ahli asal mereka iaitu Zaf. Bekas ahli kumpulan mereka seperti Damian Mikael Seet, Shahrin Azmir dan Abdullah bin Ahmad (LAH AHMAD). 

Memang sedih juga bila Lah keluar dari kumpulan ni. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki dan lah juga kini sibuk dengan majlis ilmu dan majlis selawat. Dia banyak membuat persembahan secara solo sekarang ini.

Fakta Menarik dalam Biodata Kumpulan VE.

 

Antara lagu mereka yang popular adalah Ayu, Pop Ye Ye, Khayalan ft Ruffedge, Tunggu

Kumpulan ini aktif sejak 1999, kini hanya tinggal Cham & Zaf anggota asal. Mereka juga pernah memenangi anugerah Artis Inggeris Tempatan Terbaik Anugerah Era 2005 dan Vokal Berkumpulan Terbaik AIM13.

V.E berduet dengan Misha Omar untuk membuat persembahan di Anugerah Era ke-3 pada 2003, mereka menggabungkan lagu Ayu dan Bunga-Bunga cinta yang mana mereka mendapat standing oviation dari penonton dan tetamu tau. 


Menerusi album For You pula, V.E telah dinobatkan sebagai Artis Inggeris Tempatan Pilihan di Anugerah Era ke-5 pada tahun 2005.  Lagu Pop Ye Ye pernah menjadi senarai akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu ke-20, juga pada tahun 2005. Bagaimanapun rezeki berpihak kepada penyanyi Hazami yang mempertaruhkan lagu Kata.

V.E berduet dengan Amy Search menyampaikan lagu Rozana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006.


Zaf dan Lah pernah menyertai program realiti TV3, Mentor sebagai mentor kepada protege yang dilatih sebagai penyanyi. Zaf pada tahun 2006 (musim kedua) dan Lah tahun 2009 (musim ketiga).

Sebagai Penutup, kita harap kumpulan V.E dapat memberikan persembahan terbaik mereka dalam pentas gegar vaganza 9 nanti. Jangan jadi sekadar pelengkap senarai peserta sahaja kerana mereka masih mempunyai aura dan juga peminat yang ramai. 

Semoga berjaya buat Kumpulan V.E.

Previous Post Next Post