Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka

Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka ini mengisahkan tentang pak merdeka dan mak asiah yang mencuba untuk menyamakan kasih sayang anak kandung mereka dan juga kepada Anak angkat mereka. Anak kandung mereka bernama Zaki dan anak angkat mereka pula bernama Azim.

Kini usia pak merdeka sudah tua menjengah 59 tahun dan isterinya, mak asiah telah pun meninggal dunia. Pak merdeka mahu menghabiskan usia nya dengan tinggal bersama anak-anaknya itu.


Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka


Pak merdeka pilih Zaki untuk tinggal bersama. Azim pula puas memujuk tapi banyak alasan diberikan oleh orang tua itu. Zaki yang telah berkeluarga pula tidak menyukai kehadiran bapa kandungnya itu kerana isterinya tidak suka.

Isterinya bernama sarah. Dia tidak sukan pak merdeka yang sering memakai bendera dan pak merdeka selalu cakap bendera itu adalah selimut merdeka. Sarah juga tidak suka perangai pak merdeka yang suka bercerita mengenai kemerdekaan yang mana pak merdeka lahir pada 31 ogos tersebut.

Adakah Pak merdeka akan dihalau dari rumah tersebut?


INFO DAN SINOPSIS TELEFILEM SELIMUT MERDEKA

telefilem ini akan bersiaran pada 27 ogos 2022 pada jam 10 malam di saluran tv3. Selimut merdeka ini akan mengambil slot cerekarama tau.

ia mrupakan cerekarama yang diulang siar semula tau. Kali pertama ditayangkan adalah pada 2016 yang lalu.

Ia merupakan karya Heykal Hanifah dan antara pelakon utamanya adalah Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden dan Faiz Faitullah..

Tak sabar sebenarnya nak tahu kesudahan kisah mengenai selimut merdeka ini. Aku antara peminat karya heykal hanifah tau. mesti karya kali ini juga meruntun jiwa.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post