Sinopsis Kuartet Merdeka

Sinopsis Kuartet Merdeka. Sempena kemerdekaan ini, salah satu telefilem yang menarik bagi aku adalah mengenai kisah persahabatan dalam sebuah sekolah demi memilih wakil bagi acara larian.

Telefilem kuartet merdeka ini pernah ditayangkan di Astro satu ketika dahulu dan tidak diulang semula setakat ini walaupun mendapat komen positif dari penonton.

Sinopsis Kuartet Merdeka


SINOPSIS KUARTET MERDEKA :

Telefilem ini mengisahkan empat sahabat karib yang disatukan ketika sekolah mereka mahu memilih wakil bagi acara larian merdeka 4 X 100 meter. Aru berbangsa India, Azmi berbangsa Melayu, Kim Pang berbangsa Cina dan Suchat – Siam. Aru dan Azmi mahu mewakili sekolah. Kim Pang dan Suchat pula TERPAKSA kerana tiada siapa lagi yang berminat untuk menyertainya.

Oleh kerana sekolah mereka sekolah yang daif dan tiada kemudahan yang sesuai, mereka terpaksa berlatih di batas bendang sahaja. Agak mencabar juga, lebih-lebih lagi apabila Kim Pang beria-ia mahu menarik diri. Aru dan Azmi pula sering bersaing sesama sendiri sehingga Azmi sanggup mengatur undi ketika pemilihan kapten pasukan dibuat.

Semua masalah bagaimanapun dapat diselesaikan. Untung mereka ini mempunyai semangat yang begitu tinggi sekali, begitu juga sokongan kuat daripada Cikgu Jalil dan Cikgu Hashim.

Penutup

Harapnya telefilem ini dapat diulang siar tahun ini. Memang sangat best sebab aku sendiri pun dah tengok dan aku sendiri terkesan mengenai jalan cerita dia. Korang masih ingat jalan cerita dia?

Previous Post Next Post