Sinopsis Filem Kan Cheong

Ringkasan filem seram Kan Cheong ini merupakan karya pertama dari Thinkerbell Studios dan akan ditayangkan di Pawagam rumah anda iaitu Astro First.


Sinopsis Filem Kan Cheong


Sinopsis Filem Kan Cheong

Bagi yang tak tahu, sinopsis filem ini mengisahkan tentang Ayu yang merupakan seorang gadis yang tinggal sendirian dan satu hari dia mendapat berita mengenai 4 pesakit mental telah lari dari Hospital. Tiba-tiba muncul Aman di hadapan pintu rumahnya dan nak menghantar barang kepada Nurul.

Ayu kata, tiada nama nurul di dalam rumah tersebut. Ayu kemudian menyuruh aman pergi dari situ tetapi keadaan di luar rumah yang hujan lebat menyebabkan aman masih ada diluar pintu rumah ayu.

Aman meminta izin untuk tumpang berteduh. Ayu mula tidak selesa sebab aman selalu mengetuk tingkap dapur untuk meminta makan dan merayu untuk masuk ke rumah itu.

Dalam hujan lebat, tiba-tiba petir berlaku sehingga rumah itu terputus bekalan elektrik. Ayu semakin takut dan berlari keluar. Kemudian dia ternampak Aman di luar dalam keadaan tidak stabil, Ayu syak aman salah seorang pesakit mental yang lari dari hospital tu.

Aman kemudian masuk dalm rumah ayu. Dia pegang pisau dengan alasan nak tolong ayu memasak. Ayu bertambah takut dan cuba melarikan diri. Apabila dia buka pintu rumahnya, Saiful pula muncul dan ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak.

Ayu bagi handphone kepada Saiful. Ayu dikejutkan dengan wayar telefon dirumahnya telah dipotong dan kucing kesayangannya telah mati dibunuh. Ayu ketakutan dan lari bersembunyi.

Bagaimana kesudahan cerita Ayu ini? Dapatkah dia diselamatkan?


INFO Filem 


Kan Cheong merupakan bahasa (kantonis/ hokkien) bermaksud gementar, tergesa-gesa, tegang/ marah. Secara khususnya filem ini mengetengahkan masalah mental dalam kalangan masyarakat kita tau.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di saluran astro first. Filem ini juga diarahkan oleh Noor Azlan.


Antara pelakon kan cheong adalah

  • Nora Danish sebagai Ayu

  • Jay Iswazir sebagai Aman

  • Niezam Zaidi sebagai Saiful

  • Shima Anuar sebagai Nurul

Jangan lupa untuk saksikan filem menarik ini di Astro first tau. Mesti best sebab ramai yang tak sabar nak tengok filem lakonan Nora Danish ini.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post