Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Adi Putra a.k.a Mat Kilau muncul dalam Filem Air Force The Movie yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 25 ogos 2022 nanti.

Filem ini menjadi tumpuan selepas filem bersifat kenegaraan seperti mat kilau berjaya mendapat tempat dalam hati penonton tanah air. Ditambah pula, Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini berkisar mengenai kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan.


Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa


 

Sinopsis Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Filem ini mengisahkan tentang pasukan PASKAU yang diketuai oleh Kapten Adib dan Mejar Adnan. Mereka ditugaskan untuk menyelamatkan manusia di sebuah negara dilanda peperangan, Namburi.

Dalam perjalan pulang ke rumah mereka, pesawat mereka telah ditembah jatuh oleh kumpulan militan di kawasan berkenaan. Syukur mereka sempat menyelamatkan diri.

Di Malaysia pula mendapat berita mengenai serangan tesebut dan pasukan negara segera melaksanakan misi menyelamat mangsa tersebut.

Zafran merupakan adik ipar kepada adib yang juga mangsa serangan tersebut yang juga anggota tentera udara menyertai misi tersebut untuk menyelamatkan abang iparnya dan anggota yang lain.

Dapatkah dia dan rakan tentera udara lain menyelamatkan mereka di tanah yang memberontak itu? Kalau nak tahu, kenalah tonton filem air force ini tau.

Info Filem 

Pengarah air force the movie ini adalah Zulkarnain azhar dan filem ini bergenre aksi dalam bahasa melayu Filem ini dilakonkan oleh 

  1. Aiman Hakim Redza
  2. Datuk Adi Putra
  3. Nas-T
  4. Pablo Amirul
  5. Johan As'ari
  6. Luqman Hafidz
  7. Jack Tan
  8. Sara Ali
  9. Anas Ridzuan. 

Tak sabar nak turun pawagam untuk tonton filem menarik ini. Aku yakinjalan cerita dia menarik sebab aku dah tengok sedutan filem ini. Banyak unsur patriotik diketengahkan untuk kita hayati.

Jangan lupa! selamat menonton.

Previous Post Next Post