Kerusi Parlimen Pekan Kosong Selepas 14 Hari

Kerusi Parlimen Pekan Kosong Selepas 14 Hari ia berikutan Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah semalam. 

Namun perkara itu boleh terbatal jika sebarang prosedur mahkamah lain atau pengampunan diraja diterima dalam tempoh berkenaan.


Kerusi Parlimen Pekan Kosong Selepas 14 Hari


Kerusi Parlimen Pekan Kosong Selepas 14 Hari

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 ribu ringgit serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.


Ketika ini, katanya, Parlimen perlu menunggu notis rasmi daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada bekas Perdana Menteri itu.


"Sekarang sudah tiada lagi rayuan kerana hukuman diputuskan di Mahkamah Persekutuan, namun Perkara 48(4)(b) juga ada menyebut jika ada apa-apa prosiding mahkamah lain, maka kedudukan Najib kekal sehingga prosiding itu selesai.

"Saya perlu meneliti dahulu sama ada prosiding itu termasuk semakan, kerana proses semakan ini ada dalam tatacara mahkamah.


"Jika termasuk dan Najib memfailkan semakan itu dalam 14 hari, maka kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal sehingga prosiding semakan tamat.


"Pada masa sama, Perkara 48 juga peruntukkan jika dalam 14 hari terdapat permohonan untuk pengampunan diraja, maka kedudukannya kekal sehingga proses pengampunan selesai," katanya kepada BH, hari ini.

"Saya kena tunggu 14 hari, bermula hari ini. Jika semua yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tidak dilaksanakan dalam tempoh itu, barulah saya akan membuat keputusan (mengenai pengosongan kerusi Parlimen Pekan)," katanya.

Previous Post Next Post