Format dan Peserta Terpaling Juara TV3. Sebuah rancangan realiti terbaru terbitan TV3 ini bakal bersiaran tidak lama lagi. Format baru dan peserta baru bakal menjadi kekuatan dalam pertandingan nyanyian ini. Tarikh Mula ditayangkan pada 21 ogos 2022 jam 9 malam setiap ahad.
Format dan Peserta Terpaling Juara TV3
Rancangan ini akan dihoskan oleh Haziq Husni dan Shiha Zikir. Gandingan yang sudah mesra dan dikenali ini pasti akan penuh dengan gelak ketawa bagi menghiburkan para penonton.
Format rancangan terpaling juara ini sama seperti Mentor kerana dia ada 3 orang kapten yang akan melatih seorang penyanyi lagenda dan juga seorang penyanyi baru.
3 Kapten
kesemua mereka ini merupakan juara anugerah juara lagu! Memang mempunyai kepakaran dalam dunia seni dan diakui kehebatan mereka.
- Akim Ahmad (AJL 30)
- Hael Husaini (AJL 32 dan 33)
- Naim Daniel (AJL 34)
Peserta
Bagi peserta untuk rancangan nyanyian terpaling juara ini pula di bahagikan kepada dua kumpula besar iaitu artis lagenda atau Otai dan juga Artis baru.
Artis lagenda terdiri daripada
- Iffah Raziah,
- Hazami
- Rahmad Mega.
Manakala artis baru pula terdiri daripada
- Shaz (Shazreen Shaharum : 26 tahun)
- Aqmal (Aqmal Ramdan, 26 tahun)
- Aqeesh ( Aqeesh Aleeya 18 tahun)
mesti ramai yang tanya, macam mana pemilihan dibuat. Rupanya mereka telah melakukan ujibakat pada 2 dan 3 julai 2022 yang lalu. Sesi tersebut juga menyaksikan 380 orang peserta yang melalui proses ujibakat tersebut.
Juri- Juri
Setiap rancangan nyanyian pasti akan ada juri. Nak cari juara terpaling juara mesti ada juri yang hebat! Dua lagenda musik tanah air telah dilantik bagi menggalas tugas tersebut. Mereka itu adalah;
- Datuk Hattan
- Fauziah Latiff.
Hadiah Juara rancangan Terpaling juara
Bagi pemenang pula akan membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000 untuk JUARA, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.
Penutup
Bagi aku mungkin sama sahaja dengan mentor legend atau mentor lain. Tetapi aku yakin akan ada penambahbaikan dalam flow rancangan ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini tidak lama lagi.
Post a Comment