Cerekarama Air Mata Si Kudung

Aku tertarik dengan cerekarama bertajuk air mata si kudung yang dilakonkan oleh fizo omar dan juga Nadiyaa nisa ni. 

Nampak menarik dan jalan cerita dia juga boleh korang tahu menerusi sinopsis di bawah ini.

Cerekarama Air Mata Si Kudung

Info Air Mata Si Kudung

Terdapat beberapa fakta menarik mengenai cerekarama ini.

  • Ia akan ditayangkan buat kali kedua pada 13 ogos 2022 pada jam 10 malam di saluran TV3. Macam biasa ia akan ditayangkan untuk slot CEREKARAMA.

  • Cerita ini ditayangkan kali pertama pada 20 September 2015 tau. lama dah cerita ni rupanya.

  • Pengarah drama ini adalah Bade Haji Azmi dan skripnya ditulis oleh ZH emdee. Produksi
    untuk karya ini adalah Hujan Lebat Sdn Bhd.

  • Senarai pelakon yang terlibat adalah seperti Fizo Omar, Nadiya Nisaa, Norlia Ghani, Mak Wan, Ben Laden, Putri Luvvna dan Syaffik Sahli


Sinopsis Cerekarama

Air mata si kudung ini mengisahkan tentang dua beradik yatim piatu iaitu Sabri dan Seroja. Mereka tinggal di sebuah kampung dan satu hari Sabri diuji dengan kehilangan sebelah kakinya akibat dibaham buaya.

Bila mereka sudah dewasa, Seroja dipinang oleh seorang doktor di kampung berkenaan. Sabri merelakan walaupun dia risau dengan adiknya itu.

Selepas berkahwin selama setahun, Seroja tidak penah balik kampung pun untuk tengok abang dia tu. Jadi Abangnya si sabri tu pun nak ke bandar mencari adiknya itu.

Dapatkah dia menemui semula seroja? apa jadi pada seroja sebenarnya? Kalau nak tahu, kenalah tengok cerekama ini pada hari sabtu ini tau!


Previous Post Next Post