Telefilem Jubah Dari Mekah

Bagi yang tak tahu, Telefilem Jubah Dari Mekah ini akan ditayangkan semula pada 10 Julai 2022 iaitu pada malam pertama hari raya aidiladha bagi tahun ini.

Sebelum itu, aku juga nak bagi tahu yang telefilem ini pernah ditayangkan kali pertama pada tahun 2019 yang lalu di saluran TV3. Ia merupakan karya arahan Heykal Hanifah yang mempunyai jalan cerita yang menarik dan penuh dengan pengajaran. 


Telefilem Jubah Dari Mekah


SINOPSI Jubah Dari Mekah

Telefilem ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anak yang bernama shakir dan nabila. Ibu tunggal tersebut bernama Mak Leha. 

Kehidupan yang penuh sukar apabila si Abil iaitu Nabila mula menjadi penagih dadah. Shakir yang bimbang adiknya itu mengambil barang terlarang lagi dia nekad menguruh abil di bawah rumah mereka.

Mak leha tidak sampai hati melihat keadaan abil yang semakin teruk dengan ketahihannya. Sehinggakan wanita tua itu sanggup mendapatkan bekalan dadah untuk anak perempuannya itu.

Pada masa yang sama, mak leha mahu menunaikan umrah dengan wang simpanannya. Shakir nekad mahu membantu ibunya itu dengan mencukupkan wang simpanan ibunya. Tetapi tidak dipersetujui oleh isterinya.

Mak Leha melihat abil makin teruk, dia nekad mahu membawa abil ke mekah dengan harapan ini ikhtiar terakhir untuk memulihkan anaknya itu. dapatkah abil kembali sihat seperti biasa?

Info Jubah dari Mekah

Seperti yang sudah dimaklumkan, ia akan ditayangkan semula pada 10 julai 2022 ini untuk slot cerekaahad pula. 

Antara pelakon lain yang terlibat adalah 

  • Norlia Ghani

  • Rusdi Ramli

  • Erynne Erynna

  • Fimie Don

  • Kodi Rasheed

  • Julia Farhana Marin 

Selamat menonton!


Previous Post Next Post