Sebuah filem seram, hantu mok joh yang ditayangkan di astro first pada februari 2022 akan ditayangkan semula pada Julai 2022 tetapi di saluran Astro Ria.
Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi dan Aloy Paradoks menjadikan filem ini menarik untuk ditonton seisi keluarga. Tak sabar pula nak tahu kesudahan cerita ini.
Sinopsis Filem Hantu Mok Joh
Filem ini mengisahkan tentang Mok Joh yang tiba-tiba hilang. Ramai yang cakap dia mati sebab telah melanggar sumpah dia dengan saka mak yong yang dibelanya. Tapi masih ramai tak tahu sebab sebenarnya dan ditambah pula jenezah mok joh masih belum ditemui sehingga sekarang.
Lagi menguatkan teori tersebut apabila kampung tersebut terus diganggu oleh makhluk yang di panggil mok joh. penduduk kampung bertumpu di sebuah kedai kopi pok heng bagi merungkai misteri tersebut.
Dapatkah mereka menjumpai Mok Joh semula? sama-sama kita nantikan..
Info Filem
Hantu mok joh ini merupakan filem komedi seram dan ditayangkan kali pertama pada 17 februaru 2022 di saluran astro first. Filem ini diarahkan oleh Asri Baq’U Tajudin dan skripnya ditulis oleh Engku Seri Kelantan dan Aloy Paradoks
Antara pelakon yang terlibat terdiri daripada
- Fauziah Nawi sebagai Mok Joh
- Amerul Affendi sebagai Yem
- Aloy Paradoks sebagai Heri
- Aprena Manrose sebagai Dek Na
- Kamarool Hj. Yusoff sebagai Pok Nik
- Hushairi Husain sebagai Cikgu Wan
- Asrulfaizal sebagai Peli Ayam
- Pak Duan sebagai Pak Duan
- Amir Raja Lawak sebagai Joe Bidin
- Mek Yun sebagai Stawa Li
- Kodi Rasheed sebagai Ustaz Hilal
- Kuna Munzani sebagai Mek Nab
- Bea Rameshan sebagai Mok Joh Muda
- Norhamiza Md. Nor sebagai Mama As
- Cikgu Mat Nasi Ulam sebagai Suami Mama As
- Ahmad Abila Ariffin sebagai Tok Cha
- Xid Haixal sebagai Yem Muda
- Damak Peran sebagai Pok Nik Muda
Korang yang dah tengok filem dia, mesti dah tahu kesudahannya kan. kalau yang tak tahu tu, boleh layan semula di Astro ria pada 31 julai 2022 ini. Selamat menonton.