Sinopsis Filem 10 Tips Tipu Bini

Sinopsis Filem 10 Tips Tipu Bini mengisahkan tentang seorang suami yang mencari panduan untuk menipu isterinya untuk melakukan perkara lain.

Filem yang diarahkan oleh azizi chunk adnan ini merupakan filem yang diterbitkan buat kali pertama oleh produksi penyanyi lagenda tanah air iaitu awie wings. ia ditayangkan melalui astro first pada 7 Januari 2021 ketika situasi pandemik.

Namun begitu karya ini mendapat tempat dalam peminat tempatan apabila muncul dalam top 5 filem pilihan ketika itu.


Sinopsis Filem 10 Tips Tipu Bini




Sinopsis 10 Tips Tipu Bini

Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Raffi, Kay dan Jepp yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events milik Datuk Dean.


Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya, bila mereka berada di rumah, mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.


Pun begitu, mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama Dubuk Liar. Dan disebabkan mereka bertiga ini boleh dikatakan sedang mengalami masalah "Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami seangkatan itu, terbit niat untuk melakukan sesuatu tetapi dalam keadaan takut-takut. 


Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis pelatih yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.

Senarai dan Info Pelakon 10 tips tipu bini.


Berikut merupakan watak dan pelakon yang terlibat dalam filem ini.


  • Ropie Cecupak sebagai Raffie

  • Khir Rahman sebagai Kay

  • Joey Daud sebagai Jepp

  • Awie sebagai Brother Love

  • Elizabeth Tan sebagai Anna

  • Vicha Saywho sebagai Aishah

  • Nazia Mustafar sebagai Jas

  • Ziema Din sebagai Khatijah

  • Amy Nur Tinie sebagai Eisya

  • Monica Picca sebagai Sara

  • Jehan Miskin sebagai Johan

  • Nasir Bilal Khan sebagai Ayah King

  • Atu Zero sebagai Zero

  • Azlee Jaafar sebagai Dato' Dean


Tak sabar nak tengok kesudahan cerita ini. review filem ini juga sangat meemuaskan dan katanya filem ini sangat ringkas dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.


Review


Setelah selesai tayangan 10 tips tipu bini di tayangkan. Ramai yang beri respon positif yang mana mengatakan ia ada lawak dan komedinya. Kemunculan Ropie membuatkan ramai tak tahan ketawa melihat dia dan skripnya.

Namun begitu ada juga berpendapat filem ini kurang menarik dan terlalu ringan untuk penonton. Jadi bagi anda yang belum tonton, boleh tonton cerita ini telebih dahulu sebelum membuat penilaian.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post