Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Aku lambat! Sepatutnya drama adaptasi novel jodohku babysitter ni aku dah publish dekat blog aku ni. Tapi nak buat macam mana, hari ini baru dapat post.

Sejak minggu lepas, ramai yang tercari-cari Sinopsis Drama Jodohku Babysitter ini yang menceritakan tentang seorang duda anak 3 jatuh hati kepada penjaga anaknya sendiri. Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Aliff Aziz dan Intan Najuwa sebagai peneraju utama.


Sinopsis Drama Jodohku Babysitter


Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Jalan ceritanya adalah berdasarkan mengenai adam yang bercerai dengan isterinya yang bernama Atikah. Sebelum itu, mereka dikurniakan 3 orang anak. Atikah curang dengan Amri yang merupakan kawan baik Adam.

Disebabkan kedukaan dicurangi, adam tidak mahu bercinta lagi sehinggalah Adel muncul dalam hidup dia dan keluarganya. Adel seorang perempuan tomboi yang kasar menjadi pengasuh kepada anak-anak adam.

Adel pula sering menjadi mangsa buli adam. Dia tak suka sebab selalu kena buli. Dia nak lawan tapi takut kena pecat pulak kan. Tapi adam buli dia just sekadar boss dan anak buah jer, tak da lebih-lebih. Akhirnya adel pun buat tak kisah jer dengan adam tu. 

Daripada benci, kini mereka mula menyulam kasih dan bakal disatukan sebagai suami isteri. Adel menjadi makin curiga dengan adam bila semakin hampir dengan tarikh perkahwinannya. Adam tenang memujuk bakal isterinya itu dan adel kembali tenang.

Mereka berkahwin dan mula diuji dengan satu rahsia yang terbongkar. Ia membuatkan Adel curiga dengan Adam. 

Dapatkah mereka membina mahligai bahgia bersama?

Maklumat Terkini

Jodohku Babysitter ini hanya mempunyai 20 episod sahaja dan telah mula ditayangkan sejak 6 julai yang lalu. Ia ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10 malam di slot megadrama astro ria.

Pengarah drama ini adalah Hadith Omar tau. Barisan pelakon yang terpilih menyertai drama menarik adalah;

  • Aliff Aziz sebagai Adam Farhan

  • Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa

  • Yuna Rahim sebagai Atikah

  • Ellyas Abdullah sebagai Amri

  • Aleza Shadan sebagai Puan Sri Kirana

  • Isaac Iman sebagai Adib

  • Natasha Nazira sebagai Airisya

  •  Nina Juren

  •  Sharifah Shahora

  • Kim Fuzakawa

  •  Sharifah Fathimah Hawra

  • Rahman Hamid

  • PS Mansur

Aku sempat tengok drama ni, suka betul dengan si Intan najuwa tu jadi tomboi. Memang nampak real sungguh dalam jodohku babysitter ni. Selalu tengok dia berlakon watak biasa-biasa jer tapi kali ni nampak lain sangat.

Kalau korang tak tengok lagi, pastikan korang tonton di astro ria tau! Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post