Sinopsis Drama Honeymoon : Lakonan Ben Amir dan Zara Zya

Selepas melur untuk firdaus habis, penonton tak sabar nak tengok drama honeymoon yang dilakonkan oleh Ben amir dan zara zya pula. Katanya dah lama diorang tunggu.

Untuk peminat drama melayu, Sinopsis Drama Honeymoon ini mengisahkan dua orang iaitu lelaki dan perempuan yang bertemu seorang lurus bendul dan seroang lagi pendiam. Ini merupakan karya yang diadaptasi dari novel yang menggunakan tajuk yang sama iaitu Honey moon yang ditulis oleh Nurharyati Ishak.

Sinopsis Drama Honeymoon : Lakonan Ben Amir dan Zara Zya


Sinopsis Drama Honeymoon

Drama ini mengisahkan tentang Moon dan Ilham. Moon seorang gadis yang lurus bendul dan gemuk. Manakala Ilham pula seorang yang pendiam dan penuh kerahsiaan.

Tanpa di sangkat mereka bertemu.

Mereka bertemu kali pertama sebagai tunang tanpa mengenali satu sama lain. Moon terkejut tengok jejaka hensem di tepi sungai itu adalah tunangnya. Moon teruja dan sangat suka. Tapi ilham pula yang tak kenal dengan moon.

Namun jauh di lubuk hatinya dia sangat menyukai Moon.

“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM

Mereka akhirnya berkahwin dan merasai manisnya perkahwinan. Sehinggalah mereka diuji dengan ilham yang terlibat dengan sindiket yang merbahaya. Sejak itu dia mula abaikan moon.

Moon pelik dan mula berdendam dengan ilham sehinggakan dia tunjuk yang dia tidak perlukan ilahm lagi. Jejaka itu sangat terkejut dan mula tidak tahu apa yang harus dilakukannya. 

Dapatkah mereka menyelamatkan hubungan mereka itu?

Info Panduan Drama

Honeymoon ini mempunyai 20 episod sahaja dan mula ditayangkan pada 16 Julai 2022 ini di saluran TV3. Drama ini diarahkan oleh Pali Yahya dan dibintangi pelakon hebat seperti;

  • Hanna Aqeela

  • Zara Zya sebagai Moon

  • Ben Amir sebagai Ilham

  • Wanns Ahmad sebagai Jiman

  • Dynas Mokhtar

  • Rashdan Baba

  • Fazlina Ahmad Daud

Disebabkan ramai yang nak tengok drama honey moon ni, aku pun teruja nak tengok. Macam manalah si zara zya melakonkan watak bimbom dalam certia ni kan.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post