Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Ramai Peminat drama cinta hilang kata yang memberi komen positf untuk drama yang dibintangi pelakon Sophie Al-Barakbah, Shah Jaszle dan Nelissa Nizam ini.

Drama yang mula ditayangkan pada 18 julai 2022 ini ditayangkan di saluran astro prima pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 pm.


Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata




Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Drama yang mempunyai 40 episod ini mengisahkan tentang penulis novel bernma nurul masmin. Dia merupakan penulis novel yang sangat berjaya dari zaman belajar lagi. Kejayaan nurul menyebabkan sabirah dan zaili dengki dengan nurul.

Nurul mempunyai kekasih hati bernama rain akhtar namun dia terpaksa akur kehendak ibunya yang mahu dia berkahwin dengan amirul yang merupakan anak kepada orang gaji mereka.

Rupanya si amirul ini pula jenis kaki kikis, habis harta nurul hilang sekelip mata. Ditambah pula dengan sabirah yang menggunakan ilmu hitam bagi merosakkan kehidupan nurul menambah lagi keperitan gadis ini.

Dapatkah nurul mencari kebahagian dan keluar dari masalah ini?

Info Drama cinta hilang kata;

Drama ini ditayangkan di astro prima dan diarahkan oleh Kyoll hamzah berdasarkan sebuah novel karya Lily Haslina Nasir.

Skrip drama ini ditulis oleh PGRs Team, Ab Zartih, Chinta Nadessha dan Azuwan Ahmad.

PELAKON CINTA HILANG KATA


  • Sophia AlBarakbah sebagai Nurul Masmin
  • Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
  • Iqram Dinzly sebagai Amirul
  • Nelissa Nizam sebagai Sabirah
  • Hariz Hamdan sebagai Zaili
  • Anne Abdullah sebagai Mahyun
  • Lizza Abdullah sebagai Jah Gayah
  • Amelia Christie sebagai Ezra
  • Aqil Taqee sebagai Deens
  • Faa Zaini sebagai Wanie

Jangan lupa untuk tonton drama menarik ini pada setiap hari biasa di salurn astro prima.

Previous Post Next Post