Ini sebab Adib Terpikat Dengan Wany Hasrita!

Ini sebab Adib Terpikat Dengan Wany Hasrita! Sejak semalam, perkahwinan wany hasrita dan suaminya menjadi bualan ramai. Mereka juga membuat majlis kesyukuran di Ruscus Hall Forest Valley tau semalam.

Ketika ditanya oleh pihak media, mengenai bagaimana Mohd Al-Adib Fahmi Harun atau adib terpikat dengan Wany hasrita. Adib berkata; 

Ini sebab Adib Terpikat Dengan Wany Hasrita!


 "Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain," 

Selain itu, adib juga berkata yang wany mempunyai sikap yang tidak suka merungut dan sentiasa mengucapkan alhamdulillah walaupun diuji membuatkan dia jatuh hati dengan wany.


"Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja.

"Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam 'reverse psychology' sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan?

"Apapun, syarat utama yang saya beritahu dia ialah labuhkan tudung. Itu paling utama. Untuk masak pula, zaman sekarang sudah berubah dan banyak kemudahan untuk mendapatkan makanan," 

Wany berkata;

"Apabila urusan majlis sudah selesai, esok baharu saya akan fikir nak masak apa untuk suami. Apa-apapun, biar kami selesaikan segala urusan majlis ini dulu," katanya masih belum memutuskan destinasi bulan madu dan juga tidak merancang cahaya mata.

sumber : Harian metro

--

Tahniah buat kedua-dua mempelai yang baru berkahwin. Nampak tenang jer dua-dua orang ni kan. semoga berkekalan sehingga ke syurga.


Previous Post Next Post