Biodata Penuh Nuha Bahrin Penyanyi Lagu Casablanca

Penyanyi Nuha Bahrin kini menjadi viral selepas lagu casablanca nyanyiannya bersama dengan Naufal Azrin mendapat sambutan hangat dari penonton.

Bagi yang nak tahu biodata penuh nuha bahrin, segala maklumat berkaitan penyanyi baru ini ada di bahagian bawah ini ya. Aku nak kongsikan yang Nuha juga pernah menyertai Vokal Mania pada tahun 2020 yang mana program tersebut diterbitkan oleh TV3.

Dalam rancangan itu, nyanyiannya mendapat kecaman hebat dari netizen tau. 

Biodata Penuh Nuha Bahrin Penyanyi Lagu Casablanca


Biodata Penuh Nuha Bahrin Penyanyi Lagu Casablanca

Nuha merupakan anak ketiga dalam keluarganya dan dia masih lagi bergelar pelajar. Kini dia berusia 20 tahun dan berasal dari Selangor. jom kita baca profil nuha bahrin di bawah ini.

  • Nama sebenarnya, Nuha Sakina binti Saiful Bahrin.

  • Menggunakan nama pentas, Nuha Bahrin.

  • Lahir pada 4 September 2000

  • Syarikat rakaman : Beegood Music.

Instagram : Instagram  Nuha Bahrin

Lagu Nuha Sakina Bahrin

Setakat ini dia baru mengeluarkan dua buah lagu iaitu;

  • XSEMPURNA (2020)

  • Casablanca (bersama Naufal Azrin) 2022
Disebabkan dia masih baru dalam dunia nyanyian, tak banyak lagu yang dia ada setakat ini. Mungkin di masa hadapan akan banyak lagi karyanya selepas ini.

Penutup Biodata penuh Nuha Bahrin.

Akhir sekali, kita harap penyanyi nuha ini semakin baik nyanyiannya di masa hadapan. umurnya masih muda dan banyak lagi yang perlu dia belajar dalam bidang nyanyian.

Kita sendiri dah tengok, penyanyi BBNU yang belajar nyanyian selepas terkenal makin baik nyanyian mereka. Kita doakan Nuha berjaya di masa hadapan. 


Previous Post Next Post