Telefilem Jamil Balik Kampung

Tak Sabar nak tengok cerita Jamil Balik Kampung yang mengisahkan seorang lelaki yang balik ke kampung untuk meminang gadis idaman hatinya. 

Antara pelakon utama dalam telefilem ini adalah Mark Adam dan juga Bella Astillah. Sebenarnya cerita ini sudah ditayangkan pada 17 ogos 2019 yang lalu, tetapi ia akan ditayangkan semula pada 12 jun 2022 di astro citra tau! 

Telefilem Jamil Balik Kampung


Sinopsis Telefilem Jamil Balik Kampung

Cerita ini mengisahkan tentang Jamil. Dia ni dah banyak kali masuk meminang kekasih hatinya di kampung tetapi nasib dia kurang baik apabila pinangan sebelum ini semuanya ditolak.

Jadi, Jamil tidak putus asa dan teruskan usahanya pulang ke kampung untuk meminang kekasihnya itu.

Adakah lamaran Jamil akan diterima?

Info telefilem

Jamil balik kampung ini akan ditayangkan pada 12 jun 2022 ini di saluran astro citra. Ia diarahkan oleh Opie Zami dan skripnya pula ditulis oleh Nur Aminahtul Mardiah Md Nor.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Mark Adam, Bella Astillah, Kazar Saisi, Bohari Ibrahim, Din Raja Lawak, Hamzah Murat dan Ajiboy.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post