Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali

Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali merupakan telefilem lakonan siti saleha dan juga ungku ismail yang ditayangkan di saluran astro citra.

Cerita ini ditayangkan pada12 september tahun 2020 dan merupakan karya arahan Junad M.nor dan skripnya ditulis oleh Baizura Kahar. 

Telefilem Anais Patah Hati Pertama Kali


Telefilem : Anais Patah Hati Pertama Kali

Bagi yang tak tahu, anais patah hati pertama kali ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama anais. Dia ni seorang yang kuat berdrama ditambah pula dia mempunyai fantasi atau angan-angan mengenai cintanya.

Hubungan dengan Meor yang bekerja di osaka menjadi sedikit rumit. Tiba-tiba Meor balik ke Malaysia dan Anais gembira dan menyangka dia akan dilamar oleh Meor.

Sepanjang malam dia berangan dan membayangkan lamaran Meor.

Tetapi hakikatnya Meor nak putuskan hubungan mereka kerana dia dah buat keputusan untuk tinggal di Osaka.

Anais patah hati.

Walaupun sebelum ini dia pernah ditinggalkan oleh lelaki lain tapi kali ini dia berasa betul-betul patah hati. kesian anais.

Del pula seorang kawan baik kepada Anais dan Suzy. Dia ni pula suruh Anais jumpa balik dengan teman lelaki (bekas) untuk minta maaf dan move on.

Anais sedar bila dah patah hati, suasana dan keadaan dah tak sama. Dapatkah Anais meneruskan kehidupanya tanpa Meor?

Kalau nak tahu, kenalah tonton telefilem ini tau! 


Previous Post Next Post