Sebuah karya, FILEM Mat Kilau yang mengisahkan tentang perjalanan hidup pahlawan tanah melayu yang berjuang menentang penjajah demi kemerdekaan tanah bertuah ini.

Sejak semalam, ramai yang tak sabar nak tahu sinopsis filem mat kilau ni, jadi kami kongsikan dibawah. kisah mat kilau sentiasa menjadi rujukan utama dalam sejarah tanah melayu. Filem bernilai 8 juta ini mulai menemui penonton mula 23 jun di 90 buah pawagam di seluruh negara. 

Sinopsis Penuh FILEM Mat Kilau


Sinopsis Penuh FILEM Mat Kilau

Filem mat kilau ini mengisahkan tentang pahlawan melayu bernama mat kilau. Beliau bersama dengan ayahandanya tok gajah dan sahabatnya berjuang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu.


Pada tahun 1892, British memasuki Pahang dan mereka mengaut hasil bumi Pahang yang menjadi milik orang orang melayu. Yang paling menaikkan kemarahan orang melayu apabila urusan adat dan agama orang melayu mula di campuri dan di ganggung.


Demi memastikan hak orang melayu tidak di ganggu, Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit mempertahankan tanah bertuah ini.


Kepintaran dan kebijaksanaan mat kilau dan tok gajah membuat penentangan menyebabkan pihak british tertekan dan mula mengalami kerugian.


Bagaimanakah pengakhiran kisah mat kilau ini? jom sama-sama kita saksikan.


Info Filem Mat Kilau.

Filem sejarah ini diarahkan sendiri oleh syamsul yusu dan skrip asalnya ditulis oleh sharuddin dali. Antara pelakon yang erlibat adalah seperti berikut.

  • Adi Putra as Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau

  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah (Ayah Mat Kilau)

  • Beto Kusyairy sebagai Wahid

  • Khir Rahman sebagai Usup

  • Fattah Amin sebagai Awang

  • Johan As’ari sebagai Yassin

  • Yayan Ruhian sebagai Toga

  • Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Hj. Muhammad

  • Datuk Rahim Razali sebagai Imam Bottoqh

  • Namron sebagai Hj. Sulong

  • Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Bahaman

  • Ellie Suriaty sebagai Ibu Yassin

Review penonton Filem Mat Kilau.

Sejak semalam, aku asyik membaca komen-komen penonton yang telah menonton filem mat kilau ini. Aku sendiri punya harapan yang tinggi untuk melihat filem kenegaraan seperti ini diangkat oleh masyarakat aku sendiri.

Terbukti filem mat kilau ini mempunyai kekuatan yang sangat hebat sehingga dapat mendorong orang ramai menonton filem ini. 

Macam taufiq razif kata " Jujur saya menangis bila tengok filem ni semalam". beliau yang berharap lebih banyak lagi filem kenegaraan pada masa hadapan.

Ada juga yang memuji lakonan Beto Qusyairi sebagai lakonan yang mantap dan begit juga dengan Fattah amin yang keluar dari kepompong watak jambunya sebelum ini.

Itulah sedikit sebanyak perjalanan cerita tayangan filem mat kilau buat hari yang pertama. Semoga filem ini mendapat tempat dalam hati penonton.

Aku cadangkan korang tengoklah kisah jalan cerita nya bukan hanya mencari salah silap demi sebuah content review.

Selamat menonton.



أحدث أقدم