Sinopsis Filem Trauma

Sinopsis Filem Trauma ini merupakan sebuah filem arahan Aziz M Osman yang ditayangkan kali pertama pada tahun 2004 yang lalu.

Filem ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Amy Mastura, Nasha Aziz, Sharifah Aleya dan Azhar Sulaiman,

Sinopsis Filem Trauma


Sinopsis Filem Trauma

trauma ini mengisahkan seorang gadis bernama nurul yang berkerja sebagai seorang arkitek yang berjaya. Dia ni mempunyai satu kekurangan iaitu dia trauma untuk memandu kereta. trauma ini berlaku selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. 

Bagaimanapun, adiknya, Nadia serta teman lelakinya, Huzir banyak membantu memberi semangat serta sokongan supaya dia pulih sepenuhnya. 

Akibat percayakan kata-kata Jeslina, Nadia dan Huzir sanggup menghantar Nurul ke pusat rawatan psikologi di sebuah hospital sakit jiwa. 

Dalam diam, Huzir sudah terpikat pada Jeslina, sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal apabila Huzir membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan Jeslina. 

Bahagian akhir filem ini memberi kejutan kerana ia akan menguji apakah Nurul boleh pulih daripada trauma bagi merungkai segala kekusutan serta konflik yang menyebabkan berlakunya hubungan renggang dengan adiknya.

Barisan Pelakon

Filem trauma ini dibarisi pelakon seperti Amy Mastura sebagai Nurul, Nasha Aziz sebagai Jeslina, Azhar Sulaiman sebagai Huzir, Sharifah Aleya sebagai Nadia dan Seelan Paul sebagai doktor.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post