Sinopsis Drama She Was Pretty Malaysia

Sebuah drama adaptasi drama korea SHE WAS PRETTY MALAYSIA ini telah mula ditayangkan sejak 23 jun 2022 yang lalu dan ditayangkan pada setiap hari khamis di saluran viu original tau.

Pasti ramai peminat drama ini menantikan bagaimana sinopsis drama she was pretty malaysia ni kan sebab katanya memang jalan ceritanya sebijik macam korea, hanya pelakonnya yang berbeza. Sangat mudah untuk menonton drama ini sebab korang boleh tonton menerusi handphone korang jer tau.


Sinopsis Drama She Was Pretty Malaysia


Sinopsis Drama She Was Pretty Malaysia

Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama haniff dia mempunyai seorang kawan wanita yang dia kenal sejak zaman kanak-kanak lagi. Budak tu nama nadia.

Walaupun telah lama berpisah kerana usia masing-masing. Haniff nekad mahu mencari dan bertemu dengan Nadia. Tapi Nadia pula malu sebab dia rasa wajahnya tidak secantik dahulu.

Jadi dia minta kawan baik dia namanya kejora untuk berlakon jadi Nadia dan berjumpa dengan haniff.. Penipuan ini semakin menjadi buruk apabila Haniff rupanya bos di tempat kerja Nadia. tapi nadia masih mengekalkan kerahsian tersebut.

Bila dah asyik nampak Haniff dekat office, Nadia makin tertarik dengan Haniff tapi ada pula mamat lain yang mula suka dengan Nadia. mamat tu namanya asyraf.

Tapi timbul lagi satu masalah bila Kejora yang diminta untuk menyamar jadi Nadia mula jatuh cinta dengan Haniff. Maka timbullah perebutan di antara sahabat baik Kejora dan Nadia bagi mendapatkan Haniff.

Siapakah yang menjadi pilihan si Haniff ni? kalau nak tahu, kenalah tonton drama she was pretty malaysia di saluran viu.

Info Drama she was pretty malaysia

Drama ini hanya mempunyai 16 episod sahaja dan merupakan karya arahan Yusry Abdul Halim. Skripnya pula ditulis oleh Rafidah Abdullah.

Ramai pelakon hebat terlibat dalam drama 16 episod ini antaranya adalah ;


 Penutup Drama she was pretty malaysia.

Kita harap drama ini menjadi viral dan jalan ceritanya juga diharap tidak terlalu sama dengan  versi korea. memang versi korea sangat viral tetapi  kita juga perlu beri peluang kepada versi Malaysia untuk menunjukkan kualiti drama yang dihasilkan.

ditambah pula dengan hasil arahan yusri abdul halim, pasti menjanjikan karya yang lain dari yang lain. Selamat menonton.


Previous Post Next Post