Sinopsis Drama Air Mata Allisya (2022)

Kali ini Sinopsis Drama Air Mata Allisya menceritakan tentang seorang gadis yang kehilangan abangnya terpaksa meneruskan kehidupan seorang diri.

Bagi yang tak tahu, drama ini ditayangkan di TV9 dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sophia albarakbah dan keith foo sebagai peneraju utama. 

Sinopsis Drama Air Mata Allisya (2022)


Sinopsis drama air mata allisya

Drama ini mengisahkan tentang Alisya seorang gadis yang terpaksa hidup berdikari selepas kematian abangnya. Kematian yang disebabkan oleh kemalangan yang sangat tragis.

Sejak daripada itu, alisya mula berdikari dan kemudian dia berkenalan dengan arief. lama kelamaan mereka jatuh cinta dan berkahwin.

Perkahwinan mereka direstui oleh ibu arief namun, setelah mereka berkahwin, Ibu arief selalu mendera alisya.

tapi bapa arief melayan alisya seperti anak perempuannya sendiri. dia di beri kasih sayang secukupnya dari bapa mertuanya itu.

Lama kelamaan rahsia makin terbongkar.

Arief itulah merupakan orang yang melanggar abang alisya sehingga mati. Alisya terkejut bila dapat tahu perkara ini dari bapa mertuanya.

Alisya nekad melarikan diri dari arief sejauh mungkin.

Info drama air mata allisya

Drama ini hanya mempunyai 15 episod dan mula ditayangkan pada 20 mei 2022. waktu tayangannya  pula adalah pada setiap hari jumaat jam 8.30 malam di tv9.

Diarahkan oleh kyoll hamzah dan skripnya pula ditulis oleh haida mazni mohammad.

Antara pelakon yang terlibat adalah Keith Foo, Sophia AlBarakbah, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, Nazeera Sardi, Tony Eusoff, Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Zainol Macwilson dan Zalfa Zin.

selamat menonton.

Previous Post Next Post