Ronnie Hussein Kemalangan, Terima 6 Jahitan

Berita sedih yang kita terima hari ini apabila Penyanyi Ronnie Hussein dilaporkan mengalami kemalangan yang agak serius ketika dia melakukan aktiviti berbasika di Johor. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 10.30 malam.  


Ronnie Hussein Kemalangan, Terima 6 Jahitan


Ronnie Hussein Kemalangan, Terima 6 Jahitan

walaubagaimanapun, ronnie ketika ditanya harian metro berkata;

"Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma pada bahagian dahi dan pipi saja koyak sedikit. Saya menerima enam jahitan pada bahagian dahi. Syukur juga kerana saya memakai 'helmet'.

\

"Mujur, tiada apa yang patah. Malah, saya memakai seluar dan baju berlengan panjang yang mana turut membantu mengurangkan kecederaan lebih serius pada bahagian lain.



"Saya bertiga bersama kawan-kawan namun saya di belakang beberapa meter. Secara tiba-tiba 'handle' basikal saya hilang kawalan. Saya hampir pitam namun saya menguatkan diri, mujur juga kawan-kawan cepat sedar saya terjatuh.



"Saya pun tak pasti punca kemalangan kerana basikal saya pun berada dalam keadaan baik. Mujur pada ketika itu tidak banyak kereta kerana jalan itu sebenarnya memang lazimnya sesak," katanya.


"Cuma hari ini mata saya sedikit bengkak dan saya ingin membuka balutan pada bahagian dahi ini sebentar lagi. Doakan saya cepat sembuh.


"Kebetulan hujung minggu ini saya ada persembahan, saya harap agar bengkak ini cepat surut. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT…amin," katanya.

Kita doakan agar abang ronie hussien kembali sihat seperti biasa dan dapat meneruskan kehidupannya dengan baik selepas sembuh.

Previous Post Next Post