"

Cerekarama Dendam Penunggu ini mengisahkan tentang sekumpulan budak sekolah yang cuba membongkar misteri yang terdapat di sekolah berkenaan.

Cerita ini merupakan sebuah filem arahan Faizul Jais dan ditayangkan di laman web tonton cinema. Ia dikeluarkan pada tahun 2021 lagi dan akan diulang siar di slot cerekarama pada 4 jun 2022 ini. 


Cerekarama Dendam Penunggu


 Cerekarama Dendam Penunggu

Untuk pengetahuan anda, cerekarama ini menceritakan tentang 5 orang pelajar sebuah kolej bernama kolej kebangsaan malaya. mereka ini merupakan pelajar baru di kolej berkenaan.

Namun, mereka sudah menemui rahsia-rahsia gelap yang berlaku di sana. sejak mereka mengetahui perkara tersebut, mereka sering diganggu oleh makhluk ghaib. Rupanya mereka dah menceroboh ke blog LARANGAN di kolej itu.

Dah langgar pantang larang, kenalah terima akibatnya. dapatkah mereka merungkai masalah yang mereka hadapi ini? 

Info cerekarama

Dendam penunggu ini pertama kali ditayangkan pada 5 november 2021 dan akan ditayangkan semula di TV 3 pada 4 jun 2022 ini.

Antara pelakon yang terlibat adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Shasha Abedul, Ahmad Syafiq dan Hakim Nordin.

Selain itu, kita juga ada pelakon Ahmad Adly, Sherry, Alhadad, Amerul Affendi dan Hasnul Rahmat.

Bagi watak pula, Ismail Izzani membawa watak sebagai zul, shalma eliana sebagai sarah dan bella dowanna pula sebagai bainun.

Ditambah pula dengan imran aqil sebagai nazrin dan atiq azman sebagai khairy.

Selamat menonton.

Previous Post Next Post