Telefilem Tunggu Aku Balik

Telefilem Seram, Tunggu Aku Balik dibintangi oleh pelakon Riena Diana dan juga pelakon Talha Harith tau. Telefilem menarik ini ditayangkan di Astro Citra pada 30 April 2022 yang lalu. Ia akan ditayangkan semula pada 20 Mei 2023 di saluran yang sama.


Telefilem Tunggu Aku Balik

Terbaru, cerita ini akan diulang siarkan sekali lagi di saluran citra pada 30 september 2023 ini tau. bagi korang yang belum tonton. aku harap korang tunggu sampai hujung minggu ni ya. baru boleh tengok balik sebab cerita ni best tau.


Sinopsis Tunggu Aku Balik

Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Mirna. Dia memiliki perangai obses dan cemburu yang melampau. Sampai satu tahap dia mengurung suaminya dirumah kerana dia perlu keluar bekerja.

Dia buat macam tu sebab takut suami dia curang dengan dia. Nak tahu apa kesudahan cerita ini?

Review Ringkas.

Sebenarnya jalan cerita dia sangat baik dan lain daripada yang lain. Jarang kita tengok drama atau cerita yang mengetengahkan tentang obses bagi pihak perempuan. Selalunya akan ada drama pasal lelaki yang obses dengan perempuan kan.

kiranya agak lain dari yang lain. Ditambah dengan pelakon tunggu aku balik yang bijak bermain dengan emosi menjadikan jalan cerita dia lebih suspen.

Kalau korang tak percaya, kenalah tonton sendiri di Astro citra.

Info telefilem.

Tunggu aku balik ini merupakan karya arahan Shahril Sarjen dan Rashidi Ishak dan ditayangkan di Astro Citra tau.

Dua pelakon utamanya adalah Talha Harith dan Riena Diana.

Selamat menonton!

Previous Post Next Post