Sinopsis Filem 3 Janda Melawan Dunia

Sinopsis Filem 3 Janda Melawan Dunia, yang mengisahkan tentang 3 orang janda yang tinggal di sebuah kampung. Mereka sanggup buat apa sahaja demi dapat melihat artis kesayangan mereka beraksi di kampung mereka.


Sinopsis Filem 3 Janda Melawan Dunia


Sinopsis Filem 3 Janda Melawan Dunia

Bagi yang tak tahu, filem ini menceritakan mengenai Midah, Rohayu dan Ani. Mereka tinggal di sebuah kampung dan status mereka adalah janda. Maksudnya mereka ketiadaan suami.

Mereka ini sangat meminati seorang penyanyi iaitu Aiman Zalini. 

Mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mengumpul duit demi mendapat tiket ke konsert terakhir penyanyi berkenaan. Tapi masih belum cukup duitnya.

Untuk cukupkan duit tersebut, mereka membuat perisa Vape yang lain dari yang lain. Perisa tersebut mendapat perhatian ramai dan menjadi kegemaran pengguna vape.

Ditambah pula ia mampu menghilangkan ketagihan dadah, Midah rohayu dan ani kini menjadi buruan penjual dadah kerana tidak ramai membeli lagi dengan mereka.

Tatkala mereka seronok nak ke konsert tersebut, mereka perlu menghadapi keldai-keldai dadah yang memburu mereka.

Dapatkah mereka pergi ke konserrt aiman zalini ini? sama-sama kita saksikan.

Info Filem

3 Janda Melawan Dunia ini mula ditayangkan di pawagam mulai 19 Mei 2022 dan ia merupakan karya arahan Hyrul Anuar.

Watak-watak dalam filem ini pula terdiri daripada Khatijah Tan sebagai Midah, Normah Damanhuri sebagai Rohayu dan Raja Azura sebagai Ani.

Selain itu kita ada pelakon Norman Hakim sebagai Aiman Zalini, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post