Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 ini mengisahkan tentang Hanan dan Nawal yang disatukan sekali lagi untuk kali kedua alam perkahwinan mereka.

Dapatkah mereka mengecapi bahagia? Jangan lupa untuk tengok drama yang telah masuk musim kedua tayangannya ini mulai 1 Jun 2022 ini. Antara pelakon utamanya adalah Kamal Adli dan Uqasha Senrose masih sama macam musim pertama dulu.


Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2


Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Drama ini mengisahkan tentang Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Alhamdulillah, jodoh mereka berdua masih utuh dan kuat. Perangai dalam musim kedua ini pun masih sama iaitu kuat cemburu. 

Hanan lakonan kamal adli mula rasa cemburu bila Khalil selalu berkunjung ke cafe mereka tapi dia masih percaya dengan Nawal tidak akan membuat sesuatu di belakangnya. 

Dia baru nak rileks sebab cemburu dengan Khalil, muncul pula si Zaki atau cikgu Zaki. 

Selain Hanan, Nawal juga kini dah pandai cemburu. Dia geram bila Hanan memuji Qaseh yang merupakan tukang masak kafe mereka.

Selepas pelbagai dugaan mereka lalui, hubungan mereka makin kuat dan matang. Mereka banyak belajar dari kesilapan dan cuba menyempurnakan hidup antara satu sama lain.

Info Drama

Seteleah terlafaznya akad 2 ini mempunyai 20 episod dan mula ditayangkan pada 1 jun 2022. waktu tayangannya pula masih sama iaitu pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam.

Drama yang diarahkan oleh micheal ang ini dibintangi oleh pelakon seperti  Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Talha Harith, Nasz Sally dan Sharifah Shahora.

Selain itu, kita juga ada pelakon Normah Damanhuri, Adam Shahz, Seha Monica, Hamidah Wahab, Syahiera Abu Hasan dan Elyas Abdullah.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post