Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus (2022)

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus yang mengisahkan tentang percintaan sebelah pihak apabila mereka terpaksa berkahwin kerana kehendak ibu bapa mereka.

Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat Meerqen dan juga Anna Jobling tau. Drama adaptasi dari novel My Rude wife yang ditulis oleh Cik Nor Cinta akan disiarkan di TV3. 

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus (2022)


Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus (2022)

Drama ini mengisahkan tentang Firdaus yang dipaksa berkahwin dengan Melur. Firdaus sudah mempunyai kekasih hati bernama Dee.

Tetapi atas desakan ibunya dia perlu berkahwin dengan Dee dalam masa 48 jam. Tetapi Dee pula belum bersedia menjadi isteri kepada Firdaus.

Akhirnya, Firdaus terpaksa kawin dengan Melur tetapi sebenarnya Melur sangat menyukai Firdaus. Jadi dia rasa sedih bila firdaus tak suka dekat dia.

Namun, dia nekad nak pikat hati suaminya itu. Ada 7 syarat tau dia bagi! apa dia syarat tu? kenalah tengok drama ni nanti tau!

Info Drama

Melur untuk firdaus ini akan mula ditayangkan pada 26 Mei 2022 dan disiarkan pada hara hari rabu hingga sabtu. Waktu siarannya adalah pada jam 9 malam . 

Drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria untuk produksi A-Ten Alliance Sdn Bhd.

Antara pelakon yang terlibat adalah Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nisa Idrus, Kuna Muzani, Azhar Amir, Hani Nazrina dan Hairi Safwan.

Selain itu, kita juga ada pelakon Taib Zamannuri dan Zainol Ismail. Selamat menonton!


Previous Post Next Post