Drama Wan Senja

Sejak masuk 1 syawal, aku tertarik dengan Drama Wan Senja yang mempunyai jalan cerita yang lain dari lain. Aku cadangkan untuk korang tengok cerita ni tau. Drama ini khas dibuat sempena Hari Raya Aidilfitri tau. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Fauziah Dato’ Ahmad Daud.


Drama Wan Senja


Terkesan dengan Drama Wan Senja 

Drama ini mengisahkan tentang Hajah Rohimah yang merupakan seorang guru. Selain itu, dia memang sangat dihormati oleh orang ramai.

Tapi semua itu berubah selepas kematian suaminya. Dia mula rasa kesunyian dan mula menghadapi masalah di penghujung usianya.

Dedikasinya sebagai seorang guru terpaksa dihentikan selepas dia mengalami satu penyakit.

Dapatkah dia mengatasi semua masalah ini?

Info Drama Wan Senja 

Drama sangat best ini mempunyai 4 episod dan ditayangkan pada hari raya pertama sehingga raya keempat sahaja.

Waktu tayangnya adalah pada jam 11.30 pagi. Drama yang diarahkanoleh Riza Baharudin ini turut dibintangi pelakon lain seperi Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan dan Fify Azmi.

Selain itu, kita juga ada pelakon Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair.

Selamat menonton!


Previous Post Next Post