Drama Puteri Reunion Selepas 15 tahun!

Akhirnya, Drama puteri reunion telah mula ditayangkan sempena Aidilfitri ini. Bagi yang tak tahu, drama inijuga merupakan comeback selepas 15 tahun drama puteri selesai tayangannya. Idea untuk membuat reunion ini mungkin hadir dari pengarahnya untuk mengubat rindu para peminat. 


Drama Puteri Reunion Selepas 15 tahun!


Drama Puteri Reunion Penuh Nostalgia!

Walaupun hanya 4 episod sahaja, drama ini pasti akan menggamit memori terutamanya peminat setianya.

Puteri reunion mengisahkan tentang Puteri, Nadia, Kamala dan Anita yang berkumpul kembali selepas beberapa tahun. Puteri juga semakin matang dan kini menjadi seorang pereka fesyen.

Walaupun semakin berjaya, Puteri terikat dengan masalah kawan lamanya iaitu kamala dan anita. 

Ditambah pula kehadiran sepupu puteri bernama rania menjadikan hidup puteri semakin kusut. Roslan pula masih belum putus asa dan mahu mencairkan hati puteri semula. 

Tapi Roslan perlu behadapan dengan Hanif pula! 

Bagaimanakah kesudahan cerita ini? korang kena tengok di saluran TV3!

Info Puteri Reunion.

Drama ini ditayangkan pada 2 Mei hingga 5 Mei 2022 pada jam 10 pagi. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Nora Danish, Beego, Kanchana Devi, Nina Fazurina dan Intan Ladyana.

Selain itu, kita juga ada pelakon Ruhainies, Idris Khan, Heidi Nur Aleesya dan Aziz M. Osman. 

Selamat menonton.


Previous Post Next Post