"

Hari Raya ini, Drama Misteri Mona Kuserumu Kembali yang pernah ditayangkan akan ditayangkan semula tau. Drama viral ini sememangnya dinantikan oleh peminat yang mengikuti sehingga habis ceritanya. Saksikan kesinambungan drama Misteri Mona di slot Cerekarama TV3 pada 15 Mei ini, Sabtu pukul 10 malam di TV3.


Drama Misteri Mona Kuserumu Kembali


Drama Misteri Mona Kuserumu Kembali

Kalau korang tonton misteri mona, korang mesti ingat yang Anom dah berjaya mengurung Mona. Namun anom terpaksa lepaskan Mona balik sebab dia nak selamatkan anaknya yang dikatakan telah mati.

Tapi walaupun Mona dilepaskan, Anom masih boleh mengawal mona. Anom sedih sebab Mona dah bunuh mak dia dan anak dia.

Tapi doktor bagitahu yang pihak polis telah ke rumah yang anom kata ada mayat ibu dan anaknya itu.

tapi tiada sebarang mayat di sana dan hanya sebuah patung yang ditinggalkan di sana. Mereka syak itu hanya halusinasi anom semata-mata.

halusinasi atau Mona sudah mengawal anom pula? Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis.

Info Drama.

Tayangan pertama dulu adalah pada tarikh 15 Mei 2021 dan tayangan kedua akan ditayangkan pada 6 Mei 2022 pula tau.

Drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan pelakon yang terlibat adalah Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan  dan Alexis SueAnn.

Selain itu, kita ada pelakon Kween Keela, Tony Eusoff dan Irshad Has.

Selamat menonton.


Previous Post Next Post