Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta. Hai korang, drama baru yang mengisahkan tentang masalah keluarga dua pasangan suami dan isteri. Drama yang dilakonkan oleh pelakon Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar dan Shaza Bae ini mempuyai 7 episod sahaja. Jom kita baca Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta di bawah ini.


Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta


Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana.

Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.

Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa.

Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.

Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Info Drama

Drama nusyuz berkiblat cinta ini disiarkan mulai 3 April dan di siarkan pada setiap hari Ahad jam 9 malam sehingga 11 malam.

Cerita ini diarahkan oleh Hadith Omar dan skripnya ditulis oleh Rozie Rashid. Antara pelakon yang terlibat adalah Emma Maembong ( Hawa) , Fikry Ibrahim (Adam) , Nadhir Nasar (Eirfan), Shaza Bae (Safiana) , Sabhi Saddi, Tengku Kamalia, Dayana Roza, Yaya Maembong dan Ako Mustapha.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Mak Wan, Aznah Hamid, Jalaludin Hassan, Rahim Omar, Ikhwan Khairudin dan Rahman Hamid.

Jangan lupa untuk menonton drama nyusuz berkiblat cinta ini di saluran Astro Ria! Selamat menonton!



Previous Post Next Post