Sinopsis Drama Mem dan Bibik-Bibik

Hai korang! jom baca Sinopsis Drama Mem dan Bibik-Bibik yang bakal ditayangkan pada 4 April 2022 nanti. Drama ini juga dibintangi oleh pelakon hebat seperti  Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Nabila Razali. Untuk pengetahuan korang, drama ini mempunyai 20 episod dan akan mula ditayangkan pada 4 April 2022 ini. Waktu tayangan pula adalah pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 2 petang dan ulangan pada jam 11 malam.


Sinopsis Drama Mem dan Bibik-Bibik


Sinopsis Drama Mem dan Bibik-Bibik


Drama mem dan bibik mengisahkan tentang kehidupan Encik Hakimy dan Puan Tiny yang merupakan pasangan suami isteri. Mereka mempunyai masalah iaitu sering bertukar pembantu rumah.

Ia berikutan perangai orang gaji mereka sering membuat masalah kepada mereka dan juga kepada jiran - jiran yang lain.

Dapatkah mereka menjumpai orang gaji yang baik atau terpaksa mereka bertukar orang gaji lagi? Sama-sama kita nantikan. 

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Info Drama.

Drama ini diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan untuk produksi Mache All Star United Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat adalah Rozita Che Wan, Zain Saidin, Tengku Zara, Nabila Razali, Azza Elite dan Aprena Manrose.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Iqram Dinzly, Shakilla Khoriri, Adibah Noor, Azlynn Ariffin dan Bell Ngasri.

Bagi korang yang nak tahu watak pelakon dalam cerita ini, Rozita Che Wan membawa watak sebagai Tiny, manakala suaminya zain saidin sebagai Hakimi.

Selain itu, kita ada Nabila Razali sebagai Bibik Adzira dan pelakon Aprena Manrose sebagai Bibik Mahani

Selamat menonton.

Previous Post Next Post