"

Sinopsis Drama Do You Love Me Captain (TV3). Hai Korang! Sebuah drama menarik yang dilakonkan oleh Sharifah Rose dan juga Ali Rezark ini bakal menemui penonton pada 13 April 2022. Drama yang menceritakan tentang percintaan diantara seorang gadis dan juga Kapten TUDM. Bagi yang tak tahu, cerita ini juga diadaptasi dari sebuah novel tulisan Sophilea tau.Mesti menarik jalan cerita dan Sinopsis Drama Do You Love Me Captain ini kan. Jom kita baca di bawah ini.  


Sinopsis Drama Do You Love Me Captain (TV3)


Sinopsis Drama Do You Love Me Captain (TV3)

Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Daneena. Dia ni sebenarnya lari dari tektik jahat mak ciknya. Dalam melarikan diritu dia bersembunyi di sebuah banglo rumah di atas sebuah bukit.

Banglo ini milik Darish yang juga merupakan seorang Kapten TUDM. Mereka akhirnya bertemu. Daneena dan Darish.

Oleh sebab tidak manis kalau orang luar nampak diorang dua dalam satu rumah dan pada masa yang sama nak elakkan dari identiti daneena di kenal orang lain, Darish buat keputusan untuk berkahwin dengan Daneena.

Tapi lepas berkahwin, Daneena dapat teruskan hidupnya sebagai orang gaji dalam rumah banglo Darish.

Persoalannya sekarang, boleh kah mereka buat seperti tu? Atau makcik Daneena dapat menghidu lokasi Daneena?

Kalau nak tahu, kenalah tengok drama ini sampai habis tau!

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Info Drama

Untuk info drama, bagi korang yang tak tahu, dama ini hanya mempunyai 25 episod dan ditayangkan pada setiap hari rabu hingga sabtu pada jam 9 malam. Drama ini di arahkan oleh Adam Hamid dan skripnya ditulis oleh Ain.

Antara pelakon dalam cerita ini adalah Ali Rezark, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim dan Kartina Aziz.

Selain itu, kita juga ada pelakon seperti Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra, Tisya, Asyrf Nasir dan Ayuni Hashim.

Aku kongsikan watak-watak utama dalam cerita ini. Pelakon Ali Reza melakon kan watak sebagai Captain Darish Dzaqrie dan Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra.

Pelakon Noniswara sebagai Dr Anis dam Faye Kusairi sebagai Harlina. Selain itu. pelakon Syainie Aida sebagai Zara dan Hazeeq Dean sebagai Hakim.

Tambahan pula, kita juga ada pelakon Azim Yusof sebagai Idlan, Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul, Kartina Aziz sebagai Tok Mama, Yasmin Khalid sebagai Amilia dan yang terakhir Daniel Fong sebagai Adam.

Jangan lupa untuk saksikan drama do you love me captain yang telah mula ditayangkan ini di saluran TV3!


Previous Post Next Post