Sinopsis Beriani Gam Kak Aspalela (Astro Ria)

Jom baca Sinopsis Beriani Gam Kak Aspalela yang telah kami sediakan untuk anda semua. Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan Sharifah Aryana. Drama ini diarahkan oleh Waan Hafiz dan akan mula ditayangakan pada 30 mac 2022. Katanya drama ini bergenre komedi. 


Sinopsis Beriani Gam Kak Aspalela (Astro Ria)


Sinopsis Beriani Gam Kak Aspalela (Astro Ria)

Drama ini menceritakan tentang kak Aspalela. Dia ni seorang penjual nasi beriani gam tau. Bukan itu sahaja, nasi beriani dia ni sangat di sukai ramai.

Terutamanya pada bulan puasa. Ramai yang akan mencari nasi beriani gam dia ni di ttdi. Tapi dia ada satu masalah iaitu anak dara dia semua tak suka nak tolong dia memasak tapi kalau nak jual produk kecantikan, kemain laju jer diorang. 

Akibat nak anak dia berubah, Kak aspalela berpura-pura hilang ingatan. Sejak dari itu, anak-anak dia mula belajar memasak nasi beriani gam demi memastikan perniagaan ibu mereka tidak terjejas.

Persoalannya sekarang ni, kalau anak-anak kak aspalela tahu yang mak dia tipu hilang ingatan macam mana? huhu mengamuk ke iddok tu...

Info Drama

Dalam drama ini, pelakon Sheila Mambo membawa watak sebagai Kak Aspalela dan diikuti dengan cik manggis sebagai Ukisya. Manakala Chacha Maembong sebagai Umaya dan Sharifah Aryana sebagai Ulala.

Selain itu, drama ini turut dibantu oleh pelakon Zalif Sidek sebagai Abe Latif danNick Davis sebagai Hock Seng.

Selamat menonton. 


Previous Post Next Post