Telefilem Mr Maid Suami Ibu (TV3)

Telefilem Mr Maid Suami Ibu. Hai korang, hari ini ada telefilem baru yang akan ditayangkan di tv 3. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah adik Iman Rifqi, Aishah Illias dan juga Izzue Islam tau. Oh ya, aku pun lupa nak bagitahu, sekarang ni TV3 banyak tayang telefilem pada hari jumaat tau. Macam dulu semuanya di ambil slot cerekarama, tapi kali ni lain sikit. Jadi macam mana agaknya sinopsis telefilem mr maid suami ibu ni kan. jom sambung baca di bawah. 


Telefilem Mr Maid Suami Ibu (TV3)




Telefilem Mr Maid Suami Ibu (TV3)

Bagi yang tak tahu, cerita ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bernama Myazara. Dia juga mempunya anak bernama arjuna hakim. Myazara ni sangat sibuk dengan kerjanya sehinggakan dia tidak punya waktu untuk melihat anaknya.

Semakin hari, Arjuna mula merasakan yang dia tidak di sayangi oleh ibunya. Jadi dia mula rapat dengan abang Hadi yang merupakan seorang pelatik senamrobik.

Lama kelamaan, Hadi pula terpaksa menjadi pembantu rumah atau Mr maid ketika Myazara keluar bekerja.

Apa pula yang terjadi dekat keluarga ini nanti? Adakah Hadi akan berkahwin dengan Myazara ? Kalau nak tahu kenalah tengok di tv 3.

Maklumat telefilem mr maid suami ibu

Macam aku bagi tahu dekat atas tadi, cerita ini akan bersiaran di TV3 pada hari jumaat 4 mac 2022 ini. Waktu tayangnya pula pada jam 10 malam selepas drama cinta amnesia.

Sebenarnya telefilem ini telah ditayangkan kali pertama pada tahun 2015. Kiranya akan diulangsiar pada hari jumaat ini. Pengarah drama ini adalah Nizam Zakaria  Antara barisan pelakon dalam cerita ini adalah Iman Rifqi, Aishah Ilias, Izzue Islam, Faye Kusairi, Khaty Azian, Adam Lee

Watak Myazara pula dilakonkan oleh Aishah Ilias dan watak arjuna pula dilakonkan oleh adik Iman Rifqi tau. Izzue pula membawa watak sebagai Hadi.

Selamat menonton!

Previous Post Next Post