Sinopsis Drama Perempuan Itu

Drama viral, Perempuan Itu (2023). Ah Sudah! drama kontroversi kerana sebuah klip yang dimuat naik oleh zul ariffin ini dikatakan bakal mula tayangan tidak lama lagi. Dikatakan akan mula ditayangkan pada bulan ramadhan nanti. Tapi masih belum tahu sama ada akan ditayangkan atau tidak. Dalam cerita ni, Zul bergandingan dengan Mimi Lana sebagai pelakon utama. Jomlah kita baca sinopsis penuh perempuan itu di bawah ini ya.


Sinopsis Drama Perempuan Itu (2022)


Sinopsis Perempuan Itu (2022)

Drama ini mengisahkan tentang Khalish yang mempunyai impian menjadi peguam syariah kerana dia mahu menambah baik kedudukan wanita dalam masyarakat. Namun begitu, hasrat ibu bapanya pula mahu dia mengambil Madrasah Mujahidah tetapi dia menolaknya 

Tindakan Khalish itu menyebabkan dia di kahwinkan dengan Emir yang merupakan anak kepada kawan ibu bapanya. Kerana taatkan ibu bapanya, Emir menerima jodohnya dengan khalish.

Selepas berkahwin untuk 4 tahun, Emir akhirnya mendapatkan cinta khalish dan mereka bakal dikurniakan anak sulung mereka. Apa yang mengecewakan Khalish adalah dia dapat tahu yang emir mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.

Dapatkah Khalish bahagia dengan Emir atau akan berlaku pengakhiran kisah cinta mereka itu?

Secara amnya, sinopsis drama perempuan itu menggambarkan mengenai kehidupan seorang perempuan sama ada dia dipergunakan atau mempergunakan.

kalau tengok klip teaser drama ini, macam ada sesuatu yang menyelubungi watak utama sebab dia ada bercerita pasal poligami dengan suami dia.

Sama ada betul dia diduakan atau tidak, kenalah tengok drama ini nanti.

Untuk peminat drama!

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Info dan Maklumat Perempuan itu.

Bagi yang dah tak sabar nak tengok, drama ini mempunyai 30 episod dan setakat ini masih belum ada waktu tayangannya. Tapi kami boleh sahkan yang ia bukan drama pukul 7 lah yer, sebab ia akan diambil untuk drama 7 hari mencintaiku 3 nanti.

Drama ini diarahkan oleh Ain Sharif dan skripnya ditulis oleh Erma Fatima.

Watak dalam drama ini adalah zul ariffin sebagai emir dan Mimi lana pula sebagai khalish. selain itu pelakon baru siti hairesa pula sebagai sera.

Antara pelakon lain dalam drama ini adalah Erysha Emyra, Elfriena A., Eman Manan, Amar Asyraf. Selain itu, kita juga ada penyanyi dan usahawan kontroversi dalam drama ini iaitu Iqbal Zulkefli.

Akhir sekali, kalau korang nak tengok drama ini, nantikan kemaskini waktu tayanganya nanti. Tunggu !

أحدث أقدم