Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)

Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria). Hai Semua! Aku nak kongsikan mengenai drama viral ini yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria. Drama ini merupakan drama lakonan Remy Ishak dan juga Amyra Rosli. Bagi yang tak tahu, drama baru ini juga merupakan kolaborasi diantara novelis terkenal iaitu Siti Rosmizah dengan Pihak Astro. Aku cakap drama ni best tau! nak tahu sebab apa? jom baca sinopsis drama jangan menangis cinta di bawah ini. 


Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)


Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta (Astro Ria)

Secara umumnya, sinopsis drama jangan menangis cinta ini menceritakan perihal dendam dalam hati yang menyaksikan insan lain terkorban dalam tempoh membalas dendam.

Drama ini menceritakan tentang riyana, seorang gadis kampung yang bijak dan pandai. Kini dia menuntut di sebuah universiti tempatan.

Satu hari dia bertemu dengan seorang jejaka yang poyo bernama Zafran Zahim. Pertemuan ini bukan indah sebaliknya ia menggangu kehidupan Riyana.

Riyanajuga tidak sengaja bertemu dengan Hariz iaitu abang kepada Zafran. Hubungan mereka juga semakin erat namunbegitu dia dikecewakan oleh Hariz.

Zafran pula mahu berkahwin dengan Riyana dan mereka berdua berkahwin tetapi mereka tidak bahagia.

👉👉👉 Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Riyana sangat bencikan suaminya itu ditambah pula kehadirannya dalam keluarga suaminya menambah kebencian emak meretuanya kepada dirinya.

Namun selepas pelbagai ujian, Riyana mula jatuh hati dengan Zafran. Begitu juga dengan Zafran yang sudah boleh menerimma riyana sebagai isterinya.

Namun, itu hanya seketika. dugaan lain pula muncul. Anak dilahirkan pula tidak cukup sifat. Tanpa kaki sebelah. Riyana redha, namun Zafran tidak boleh menerima hakikat tersebut.

Habis anak yang baru lahir di hinanya di benci oleh bapa kandungnya sendiri sehinggakan zafran tidak mahu memegangnya.

Riyana sedih melihat perangai suaminya itu. Dia nekad untuk pertahankan anaknya itu walau apa jua yang terjadi.

INFO DRAMA JANGAN MENANGIS CINTA.

Selain sinopsis drama jangan menangis cinta, kami kongsikan juga maklumat penting drama ini untuk anda. 

Drama ini mempunyai 40 episod dan telah mula ditayangkan sejak 21 Mac 2022. Ia disiarkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10 malam. Saluran tayangnya pula di Astro Ria.

Untuk pengetahuan korang, drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriza dan skripnya ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan untuk produksi SR One.Episod: 40

Aku nak kongsikan watak dalam drama ni. Pelakon Remy Ishak sebagai Zafran dan Amyra Rosli sebagai Riyana.

Seterusnya pelakon  Rita Nadira sebagai Dina dan Halim Radzi sebagai Hariz iaitu abang kepada Zafran. Kita ada pelakon cilik Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana.

Watak yang viral iaitu Kiah Propa sebagai Mak Yang dan Atilia Haron sebagai Amirah. Manakala Khaty Azian sebagai Puan Sabrina.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Wanns Ahmad, Fiza Thomas, Ku Fridah, Amanda Amry, Idzham Ismail, Rahim Jailani, Fadilah Mansor  dan Hilal Azman.

OST untuk drama jangan menangis cinta pula ada lagu nyanyian Idayu yang bertajuk " jangan menangis cinta". Satu lagu lagi iaitu " Selamat Tinggal Cinta" nyanyian Syarga Rianna.

Setakat ini, aku dah tengok drama baru ni memang best dan kelakar. Mungkin sebab baru permulaa. Zafran dengan Riyana pun tak kawin lagi, jadi kita tunggu plot klimaks pula nanti ya.

Korang pun jangan lupa tonton di saluran Astro Ria tau! Selamat menonton!

Previous Post Next Post