Sinopsis Drama Harith Fayyadh (TV3)

Sinopsis Drama Harith Fayyadh (TV3). BAIKLAH! Kali ini aku nak kongsikan sebuah drama baru yang bakal ditayangkan di saluran TV3. Drama ini akan menggantikan drama sayang tak dikenang yang sudah selesai tayangannya. Tarikh mula tayangan untuk drama harith fayyadh ini adalah pada 1 April 2022 ni. Antara pelakon utama dalam drama 7 episod ini adalah Hafidz Roshdi, Adam lee dan Nad Zainal. jadi sekarang ni apa kata kita baca dulu sinopsis drama harith fayyadh di bawah ini. 


Sinopsis Drama Harith Fayyadh (TV3)


Sinopsis Drama Harith Fayyadh (TV3)

Jom aku kongsikan sinopsis drama harith fayyadh untuk korang. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang bernama Harith. Dia ni merupakan anak kepada Arisa. 

Namun ibunya itu tidak menyukai harith kerana arwah bapanya si bakri. Bakri ini curang dengan Arisa dan sebab itulah arisa sangat bencikan harith. 

Ditambah pula wajah Harith ni seiras wajah si bakri, makin bertambah bencilah si Arisa tu.

Dato Ainon pula sangat senang melihat kamal meraikan dan melayan harith dengan baik. Dia tahu yang Harith tidak sempat merasai kasih seorang ayah sejak dia dilahirkan.

👉👉Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

Sebenarnya, Dato ainon nak lihat Harith dan Fayyadh mengambil alih perniagaannya. Tetapi kedua-dua mereka lebih cenderung ke arah bidang pekerjaan yang lain.

Fayyadh lebih suka bidang glamour dan artis. Manakala Harith pula lebih kepad abidang keagamaan. Dua-dua merupakan bidang yang sangat berbeza.

Dapatkah Harith dan Fayyadh mengambil alih perniagaan tersebut atau ada orang lain yang akan mengambil alihnya? 

Kalau nak tahu, kenalah tonton drama ini yang hanya mempunyai 7 episod sahaja.

INFO Drama

Untuk pengetahuan korang, drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 6:58 petang. Ia juga akan mengisi slot akasia tv 3 nanti. 

Drama ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan skripnya ditulis oleh Mama Bella dan Mohd Shahremy Ikmal. 

Antara pelakon yang terlibat adalah Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Badrul Muhayat, Shamsul Ghau Ghau, Zoul Muhammad, Fauziah Nawi dan Ameerul Asyraf.

Untuk watak dalam drama ini pula, pelakon Hafidz Roshdi melakon kan watak sebagai Harith. Manakala Adam Lee sebagai Fayyadh.

Selain itu, kita juga ada pelakon  Nad Zainal sebagai Sarah dan Cahaya Nilam sebagai Vivy. Tambahan pula kita ada pelakon lain seperti Julia Farhana sebagai Shila dan Hasnul Rahmat sebagai Kamal.

Seterusnya kita ada pelakon Dynas Mokhtar sebagai Arisa dan Fauziah Nawi sebagai Dato' Ainon serta pelakon hebat Ameerul Asyraf sebagai Adam.

Jadi jangan lupa untuk menonton drama ringkas ini yang akan ditayangkan di tv 3!

Previous Post Next Post